Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mendekati budaya kehidupan kaum hawa di India

    JODHPUR – Pemandangan luas dari atas bandar purba India, Jodhpur menunjukkan banyak kediaman-kediaman yang berwarna biru sekaligus menjelaskan sebab bandar itu dikenali sebagai “Blue City”.

    Rumah-rumah kediaman yang berwarna biru langit dapat dilihat di Mehrangarh Fort. Para pengunjung juga akan dapat melawat istana, gereja-gereja dan taman di penghujung jalan bandar tersebut.

    Wartawan, Kristi Eaton telah menghabiskan masa selama sebulan di India untuk menyelidiki mengenai isu-isu yang dihadapi oleh wanita.

    Jodhpur di Negeri Rajasthan menjadi satu daripada tempat penyelidikan kerana kawasan itu mempunyai kadar buta huruf dan perkahwinan yang tinggi dalam kalangan wanita.

    Masyarakat di kawasan itu juga lebih suka terhadap anak lelaki berbanding daripada anak perempuan.

    Bandar Jodhpur, India yang dikenali sebagai “Blue City”. – AP
    Bandar Jodhpur, India yang dikenali sebagai “Blue City”. – AP

    Dalam pada itu, wartawan juga berkesempatan untuk bersiar-siar dan mengalami budaya tempatan. Galeri Turban di Mehrangarh Fort menceritakan mengenai sejarah, tradisi dan kepelbagaian turban yang ada di Rajasthan.

    Manakala di Ammedabad di barat, acara tahunan yang sangat menarik adalah Pesta Layang-Layang Antarabangsa yang menampilkan suasana yang berwarna-warni.

    Ketika Kristi Eaton dijemput ke perkahwinan Hindu yang mewah dan menjelaskan cukup gemar untuk memerhatikan upacara dan pakaian-pakaian tradisi yang diperagakan.

    Meskipun dia duduk berhampiran dengan keluarga yang menjemputnya, ternyata kehadiran beliau jelas berjaya menarik perhatian dari tetamu yang hadir.

    Untuk melihat isu jantina di India dengan lebih dekat, dia telah melawat sebuah sekolah untuk perempuan-perempuan yang kurang bernasib baik dan bertemu dengan usahawan wanita.

    Namun kadang kala, mereka juga berminat untuk mengetahui mengenai dirinya sepertimana dia berminat untuk mengetahui perihal mereka.

    Menjadi perhatian

    Satu daripada cabaran Eaton adalah menjadi perhatian. Dalam satu pengalaman di Ahmedabad, Eaton ingin mendapatkan secawan kopi sebelum membuat temu bual.

    Pada waktu itu, dia sedang menunggu seorang wanita yang akan membantunya menterjemahkan temu bual tersebut.

    Dia membuat keputusan untuk membeli secawan kopi di gerai. Dia menjadi perhatian apabila berjalan-jalan seorang di sana. Tambahan lagi, dia merupakan satu-satunya wanita di sana.

    Lelaki-lelaki yang berada di sana kelihatan bingung dengan kedatangan Eaton namun membantu Eaton untuk memesan secawan kopi.

    Selepas itu, Eaton ditinggalkan seorang diri. Eaton tidak pandai berbahasa Hindi atau Gujarat, bahasa tempatan di tempat itu, jadi dia tidak cuba untuk berbual.

    Namun dia harus membiasakan dirinya dengan perhatian yang diberikan kepadanya.

    Selalunya, ia tidak menjadi masalah. Namun kadang kala ia memenatkan memandangkan dia perlu mempunyai kesedaran budaya, menerokai topik-topik sensitif mengenai isu ketidaksamaan jantina di samping memanjangkan perbualan untuk temu bual.

    Sheroes Hangouts iaitu kafe yang diuruskan oleh mangsa-mangsa yang terselamat dari serangan asid. – AP
    Sheroes Hangouts iaitu kafe yang diuruskan oleh mangsa-mangsa yang terselamat dari serangan asid. – AP

    Mendekati mangsa serangan asid

    Seperti pengunjung yang pertama kali ke India, Eaton pergi ke Agra untuk melawat Taj Mahal dan berhenti di Agra Fort.

    Tidak jauh dari tarikan-tarikan tersebut adalah tempat yang termasuk dalam jadualnya iaitu Sheroes Hangout.

    Sheroes Hangout adalah sebuah kafe yang diuruskan oleh mangsa-mangsa yang terselamat dari serangan asid. Mereka merupakan wanita-wanita yang diserang akibat pertikaian keluarga, cinta yang tidak berbalas dan konflik-konflik lain.

    Kafe itu menampilkan sebuah perpustakaan kecil dan ruangan kraftangan dan pameran. Cawangan-cawangan Sheroes Hangouts lain terletak di Lucknow, Uttar Pradesh dan di Udaipur, Rajasthan.

    Kewujudan kafe itu juga bermatlamat untuk memberikan hak wanita yang mungkin berasa terbeban untuk menyembunyikan parut mereka.

    Eaton pada awalnya malu untuk berbual dengan wanita-wanita tersebut pada lawatannya yang pertama, namun pada lawatan kedua, dia lebih berfikiran terbuka dan mendapati mereka sebenarnya berminat untuk mengongsikan cerita-cerita mereka walaupun perbezaan bahasa menghadkan perbualan mereka.

    Langkah keselamatan

    Eaton berasa bimbang apabila teringat mengenai serangan-serangan yang dibuat kepada wanita-wanita di India, sama ada wanita tempatan atau pelancong.

    Oleh itu dia telah membuat langkah berjaga-jaga semasa dia berada di India. Dia selalu memakai pakaian labuh dan menutup kepalanya menggunakan selendang.

    Dia juga tidak akan keluar pada waktu malam kecuali jika bersama orang yang dipercayainya.

    Eaton rela menaiki kereta api jarak jauh sendirian daripada mengupah pemandu untuk membawanya dari satu destinasi ke satu destinasi.

    Meskipun ia mahal, ia berbaloi kerana dia dapat tidur, berehat dan bekerja dalam perjalanan yang memakan masa selama lapan ke 12 jam itu. Eaton akan menggunakan beca automatik, teksi atau Uber untuk perjalanan di dalam bandar.

    Walaupun dia tidak mengalami sebarang gangguan sepanjang berada di India, dia terpaksa berdepan dengan renungan-renungan – sesuatu yang tidak pernah berlaku sewaktu perjalanannya ke negara-negara lain seperti Indonesia, Guatemala dan Vietnam.

    Dia juga dapat merasai wujud perbezaan dan isu jantina di India. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda