Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Mendilibar jurulatih baharu Sevilla

    MADRID, 22 MAC – Jurulatih kelahiran Argentina, Jorge Sampaoli dipecat oleh Sevilla dan digantikan oleh Jose Luis Mendilibar kelmarin, selepas kelab itu berada di kedudukan tidak jauh dari zon penyingkiran La Liga.

    “Saya pergi dengan perasaan yang bangga,” kata Sampaoli.

    Sevilla berada di tempat ke-14 di La Liga tetapi hanya dua mata di atas Valencia di tempat ke-18.

    Perlawanan pertama Mendilibar memimpin juara Liga Europa enam kali itu adalah pada 1 April, selepas rehat antarabangsa, menentang Cadiz.

    “Jurulatih Basque itu telah menandatangani kontrak sehingga akhir musim, 30 Jun, dan akan mengendalikan sesi latihan pertamanya petang ini,” kata kelab Sepanyol itu mengenai pengendali berusia 62 tahun itu.

    “Kejayaan Mendilibar sebagai pengurus ialah tempoh kedua beliau di Eibar,” kata kenyataan Sevilla.

    “Mengendali pasukan pada musim 2015/16, dia mengekalkan pasukan itu berada di La Liga selama enam musim berturut-turut, sebelum akhirnya mengalami penyingkiran pada musim 2020/21.”

    Sampaoli menyertai Sevilla pada bulan Oktober, tetapi mereka gagal mengekalkan prestasi pertengahan mereka dan tewas di tempat sendiri kepada Getafe pada Ahad. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...