Mendy didakwa dua pertuduhan rogol

LONDON, 17 NOV – Pemain pertahanan Manchester City dan antarabangsa Perancis, Benjamin Mendy telah didakwa dengan dua pertuduhan tambahan merogol, kata pendakwa raya kelmarin.

Dia kini menghadapi enam pertuduhan merogol dan satu serangan seksual yang berkaitan dengan empat pengadu yang berusia lebih 16 tahun, dengan semua dakwaan kesalahan itu berkaitan tempoh antara Oktober 2020 dan Ogos tahun ini.

Individu kedua, Louis Saha Matturie didakwa dengan dua lagi tuduhan merogol dan satu serangan seksual, kata pendakwa raya dalam satu kenyataan.

Mendy, 27, dari Prestbury dan Matturie, 40 dari Eccles, kedua-duanya di barat laut England, dijadualkan hadir di hadapan majistret di Stockport, dekat Manchester, hari ini.

Prosiding mahkamah di Britain tertakluk kepada sekatan pelaporan yang ketat sebelum sebarang perbicaraan, untuk mengelakkan risiko praanggapan juri dalam perbincangan mereka.

Kedua-dua individu sebelum ini hadir di mahkamah Chester Crown pada 10 September dan diberitahu mereka akan dibicarakan pada 24 Januari tahun depan. Mereka telah di reman dalam tahanan.

Mendy, yang ditandatangani AS$70 juta dari Monaco pada 2017, telah bermain 75 kali untuk City, memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), tetapi masa bermainnya telah dihadkan oleh kecederaan dan kehilangan prestasi.

Dia hanya mempunyai baki kurang daripada dua tahun daripada kontrak enam tahun yang ditandatanganinya. – AFP

Benjamin Mendy menghadapi enam pertuduhan merogol dan satu sera-ngan seksual yang berkaitan dengan empat pengadu yang berusia lebih 16 tahun. – AFP