Mendy sekali lagi didakwa atas kes rogol

LONDON, 22 DIS – Pemain Manchester City, Benjamin Mendy telah didakwa dengan tuduhan satu lagi kes rogol, menurut kenyataan dari mahkamah hari ini.

Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu sebelum ini sudah berdepan dengan enam tuduhan rogol dan satu serangan seksual namun minggu ini didakwa dengan tuduhan ketujuh kes rogol.

Sekatan terAhadap melaporkan dakwaan rogol terkini dibatalkan ketika Mendy hadi di Mahkamah Chester Crown untuk sesi pendengaran awal sebelum perbicaraan tahun hadapan.

Dakwaan berkait dengan tuduhan kesalahan terhadap lima wanita berbeza pada 2020 dan tahun ini.

Pemain itu dilihat bersama-sama rakan defendan Louis Saha Matturie.

Matturie didakwa dengan enam kesalahan seksual serius ke atas wanita muda. – AFP