Saturday, February 4, 2023
23.6 C
Brunei

-

Menelaah ilmu di buku

DUNIA Internet pada hari ini menawarkan ilmu tanpa sempadan. Laman web rujukan dan portal pembelajaran mercup tumbuh. Selain itu, penerbitan buku begitu rancak dengan kemduhan percetakan digital yang menjimatkan. Harga buku menjadi murah dan akses kepada ilmu semakin mudah.

Kejahilan mungkin menjadi sesuatu memalukan pada hari ini. Ketika semua perkara boleh ditanya dan dicari di Internet, bertanya terus kepada manusia kelihatan janggal. Ini perubahan landskap pembelajaran. Manusia lebih suka mencari fatwa online untuk mengetahui sesuatu hukum. Katanya, ustaz mungkin tiada jawapan!

Hanya berwasilahkan buku?

Terkini, kita boleh belajar sesuatu disiplin ilmu dengan hanya membaca buku-buku dalam bidang berkaitan. Caranya adalah dengan mencari buku-buku yang ada dalam silibus di universiti dan mulakan pembacaan. Lebih menarik, sebahagian buku-buku itu boleh dilanggan di perpustakaan digital dengan yuran yang jauh lebih murah.

Trend sebegini sedang meningkat di Barat. Dengan kos pengajian yang tinggi dan memaksa pelajar berhutang, sudah ramai anak muda yang menggerakkan idea ‘uncollege’atau tidak perlu ke universiti.

Kita perlu ada pemandu dalam pelayaran menuntut ilmu. Guru akan memahamkan lagi isi pembelajaran terutamanya sudut yang tidak dijangkau oleh pembaca.
Kita perlu ada pemandu dalam pelayaran menuntut ilmu. Guru akan memahamkan lagi isi pembelajaran terutamanya sudut yang tidak dijangkau oleh pembaca.
Seseorang pelajar perlu membaca buku-buku asas, sebelum boleh membaca buku yang lebih mendalam atau advance. Pengajian ilmu Islam seperti membina piramid. Dibina dari tapaknya di bawah. Setelah kukuh, barulah ditambah batu-bata di bahagian atas.

Bacalah buku di rumah dalam bidang yang kita minati untuk meraih ilmu. Manfaatnya, kita tidak akan berhutang, boleh mengembara dan bekerja!

Syaratnya, mesti teguh membaca. Membaca dijadikan satu medium mengakses terus kepada ilmu. Mereka pecaya bahawa tidak perlu lagi orang perantaraan seperti pensyarah dan guru untuk mendalami sesuatu ilmu. Jika mahu, cari sahaja kuliah online. Pembelajaran kendiri ini melawan arus ‘industri’ pengajian tinggi.

Praktikalnya begini. Misalnya, seseorang itu berada dalam pengajian bidang perubatan, namun meminati bidang yang lain seperti syariah. Dia tiada akses kepada guru-guru syariah, tetapi mempunyai akses yang luas dengan buku-buku berkaitan syariah. Namun persoalannya, bolehkah belajar hanya berwasilahkan bacaan buku?

Membaca perlukan guru

Menurut Pensyarah Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia berkata ada garis panduan yang perlu dipegang apabila seseorang ingin meneroka sesuatu disiplin ilmu Islam menerusi bacaan. Buku memang merekodkan ilmu, tetapi ilmu bukan sekadar yang bersifat tulisan.

Bacalah buku-buku yang ditulis oleh ulama muktabar terutamanya yang menulis berteraskan Al-Quran dan sunnah yang sahih. Kita akan mendapat banyak faedah terutamanya dalam memahami konteks nas-nas syarak yang dibincangkan. Para ulama juga akan menerangkan salah faham dan pemikiran songsang yang perlu kita hindari.

Buku-buku agama berkualiti boleh membantu pembelajaran dengan lebih baik. Cuma, membaca buku akan memakan masa yang panjang untuk mendalami sesuatu ilmu. Mungkin ada bahagian yang tidak jelas dan perlukan penerangan lanjut. Di sinilah peranan guru yang perlu sentiasa dirujuk apabila kita mencari ilmu dengan membaca.

Kejahilan mungkin menjadi sesuatu memalukan pada hari ini. Ketika semua perkara boleh ditanya dan dicari di Internet, bertanya terus kepada manusia kelihatan janggal. Ini perubahan landskap pembelajaran. Manusia lebih suka mencari fatwa online untuk mengetahui sesuatu hukum.

Lebih menarik, sebahagian buku-buku boleh dilanggan di perpustakaan digital dengan yuran yang jauh lebih murah. Trend sebegini sedang meningkat di Barat. Dengan kos pengajian yang tinggi dan memaksa pelajar berhutang, sudah ramai anak muda yang menggerakkan idea ‘uncollege’atau tidak perlu ke universiti.

Kita perlu ada pemandu dalam pelayaran menuntut ilmu. Guru akan memahamkan lagi isi pembelajaran terutamanya sudut yang tidak dijangkau oleh pembaca. Kadangkala, penerangan yang panjang diperlukan bagi satu ayat yang ditulis oleh para ulama. Guru juga mengetahui pandangan ulama lain yang mungkin berbeza dengan kandungan buku itu.

Tidak dapat dinafikan, membaca tanpa berguru boleh menyesatkan. Namun belajar menerusi buku bukanlah seumpama berguru dengan syaitan, seperti tohmahan sebahagian orang. Jadi apa faedahnya para ulama menulis buku?

Sudah pasti para ulama mahu kita membaca dan menelaah ilmu yang mereka wariskan.

Bacaan berperingkat

Seseorang pelajar perlu membaca buku-buku asas, sebelum boleh membaca buku yang lebih mendalam atau advance. Pengajian ilmu Islam seperti membina piramid. Dibina dari tapaknya di bawah. Setelah kukuh, barulah ditambah batu-bata di bahagian atas.

Mulakan dengan buku-buku berkaitan akidah. Bukannya bermula dengan persoalan khilafiah ataupun politik Islam. Contohnya, jika seseorang pelajar baru sahaja berjinak-jinak dengan ilmu Islam, maka bacalah buku-buku bersifat pengenalan kepada bidang-bidang ilmu Islam.

Perkara ini berasaskan hadis Rasulullah terhadap Mu’az bin Jabal yang bermaksud:

“Engkau akan mendatangi ahli kitab, maka serulah mereka untuk mengucapkan kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku ini Rasulullah. Jika mereka mentaati seruan itu, ajarkanlah pula kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima waktu setiap hari semalam. Dan jika mereka mentaati suruhan tersebut, kemudian ajarkanlah pula kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka menunaikan zakat yang diambil daripada orang kaya dan diagihkan kepada orang fakir.” (Riwayat Muslim)

Teruskan membaca dan berguru. Gunakan kemudahan ilmu pada hari ini semaksima mungkin.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -