Menelusuri 70 tahun Audi di Ingolstadt, Jerman

Kenderaan jenama Audi telah mula bertapak di Ingolstadt sejak 70 tahun lalu.

Kawasan ini menjadi ibu pejabat bagi jenama Audi sekali gus mengendalikan tapak pengeluaran terbesar jenama Audi di seluruh dunia. Berikut adalah sejarah mengenai Audi yang menandakan ulang tahun ke-70 syarikat tersebut di Ingolstadt.

Tiga pameran khas telah diadakan yang bertajuk ‘Audi in Ingolstadt: Yesterday – Today – Tomorrow’ telah dibuka secara serentak baru-baru ini semasa Forum Audi oleh Pengurus Loji di tapak Ingolstadt dan Pengarah Urusan Auto Union GmbH, Thomas Frank.

Turut dilancarkan ialah pameran sementara yang luar biasa ‘W49’ di Muzium Bergerak Audi yang diadakan sehingga akhir bulan Februari 2020. Orang ramai berpeluang menyaksikan dua lagi tambahan pameran yang diadakan sehingga 21 September ini.

Tarikh 3 September 1949 merupakan hari terpenting dalam sejarah Audi AG. Penubuhan Auto Union GmbH di Ingolstadt menandakan satu bab baharu dalam sejarah pengeluar kereta jenama itu, di mana sebelum ini telah berpusat di negara persekutuan Jerman, Saxony.

Orang ramai berpeluang menyaksikan dua lagi tambahan pameran yang diadakan sehingga 21 September ini.
Tiga pameran khas yang bertajuk ‘Audi in Ingolstadt: Yesterday – Today – Tomorrow’ telah dibuka secara serentak baru-baru ini semasa Forum Audi.

Empat tahun selepas peperangan berakhir, syarikat itu memulakan pengeluaran kereta di bangunan-bangunan lama bekas kubu Ingolstadt. Inilah permulaan kisah kejayaan bagi pengeluar kereta Audi dan Ingolstadt.

Dengan pameran W49, Audi cuba memberikan pandangan istimewa mengenai hubungan syarikat tersebut dengan kawasan bandar. 49 adalah tahun bermula dan W pula pada mulanya merujuk kepada ‘West’ dan ia agak berbeza dengan motosikal pertama yang dibina di Ingolstadt berbanding yang dibina di ‘East’.

Syarikat kecil bernama Auto Union GmbH itu telah berkembang menjadi pengilang premium kereta yang beroperasi di seluruh dunia dan bandar itu mula berkembang menjadi sebuah bandar yang dinamik dengan ekonomi yang kukuh.

Audi mula mempamerkan produk pertama mereka di Auto Union GmbH yang baru sahaja ditubuhkan itu termasuk DKW Schnellaster dan motosikal DKW RT 125 W, serta beberapa model penting yang lain.

Pameran istimewa

Manakala pameran yang dinamakan ‘One Plant – 1,000 stories’ merupakan satu pameran istimewa yang diadakan di bangunan pemasaran dan pelanggan (Markt Und Kunde, A51). Kilang di utara Ingolstadt ini telah menjadi nadi bagi kumpulan Audi selama lebih dari 60 tahun. Sekarang, sekitar 44,000 bekerja cuba mengekalkan produk syarikat ‘Vorsprung Durch Technik’.

Kilang tersebut bukanlah satu-satunya yang berkembang. Sebagai contoh, satu siri gambar menunjukkan bagaimana logo jenama Audi telah berubah dari semasa ke semasa. Pada tahun 1978, ia dipanggil sebagai ‘Audi Oval’ sehinggalah pada tahun 1985, empat cincin dimasukkan yang digunakan sehingga ke hari ini. Bentuk cincin itu melambangkan jenama Audi, DKW, Horch dan Wanderer.

Selain itu, turut dipaparkan perkembangan model penting seperti DKW Junior de Luxe, kelahiran semula Audi pada tahun 1965 dan model terlaris, Audi 80 dan Audi A4. Jenama legenda Quattro turut dipamerkan dalam pameran khas ini.

Audi berusaha meletakkan kedudukannya untuk masa hadapan. Di dalam pavilion Audi Piazza, syarikat itu turut menyiarkan pratonton pelaburan masa hadapan jenama itu di Ingolstadt. Antara lain, kereta api Ingolstadt Audi dan banyak lagi.