Menelusuri dua kehidupan yang berbeza

Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

Drama terbaharu, Puteri Yang Ditukar mula disiarkan pada 9 Julai lalu.

Drama yang bertemakan konflik keluarga dan percintaan ini disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6 petang di saluran Astro Prima.

Selepas menyaksikan drama berjudul Jodoh-jodoh Alesya yang mempunyai episode yang banyak, Puteri Yang Ditukar juga tidak terkecuali. Drama ini bakal menyaksikan sebanyak 80 episod.

Puteri Yang Ditukar diterbitkan oleh Orange Tree Production Sdn Bhd dan dibintangi oleh beberapa pelakon yang cukup terkenal khususnya di Malaysia iaitu Elisya Sandha, Eyra Hazali, Azrel Ismail, Julia Farhana, Edika Yusof, Siti Elizad, Ikmal Amry, Fazlina Ahmad Daud, Zila Bakarin, Adam Lee, Eizlan Yusof, Ako Mustapha dan Maria Farida.

Sinopsis ringkas

Drama Puteri Yang Ditukar ini mengisahkan mengenai Amira dan Zahira.

Amira dan Zahira merupakan dua orang gadis yang mempunyai latar belakang berbeza.

Amira dibesarkan dalam kehidupan yang serba sederhana bersama kedua-dua orang tuanya, Ihsan dan Farina.

Zahira pula mempunyai kehidupan yang cukup mewah bersama kedua-dua orang tuanya, Tuan Malik dan Aini, di samping ibu tirinya, Maria dan kakak tirinya, Miesya. Tetapi Zahira selalu dibuli oleh Miesya.

Namun, tiada seorang pun yang mengetahui akan rahsia yang tersembunyi di sebalik dua keluarga tersebut, di mana Zahira dan Amira telah ditukar sejak kecil.

Siapakah yang menjadi dalang di sebalik pertukaran kedua anak damit ini ketika dilahirkan?.

Ikuti cerita seterusnya dalam drama Puteri Yang Ditukar di Astro Prima.

Siapakah yang menjadi dalang di sebalik pertukaran kedua anak damit ini ketika dilahirkan? Ikuti cerita seterusnya dalam drama Puteri Yang Ditukar di Astro Prima.