Menelusuri sejarah Sungai Brunei

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Rombongan seramai 30 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Kumpulan Wafira, Persatuan Perpustakaan dan Persatuan BAKTI telah menyertai Program SCA Island Hopping, kelmarin.

Program yang berjalan selama tiga jam tersebut bertujuan untuk mendedahkan dan seterusnya mengenali negara ini dengan lebih mendalam di samping bagi mengisi masa lapang berkumpul dengan rakan-rakan yang menyertai program tersebut.

SCA Island Hopping merupakan program menelusuri Sungai Brunei hingga ke Muara dengan melewati beberapa lokasi dan destinasi bersejarah yang terdapat di sepanjang perjalanan tersebut.

Melalui program tersebut, para peserta dapat mengimbau sejarah dan melihat dengan lebih dekat destinasi-destinasi bersejarah dan pelancongan.

Pelayaran tersebut bermula dan berakhir di jeti berdekatan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha di ibu negara.

Antara peserta yang menyertai program SCA Island Hopping tersebut.