Menentang atau lari daripada kejahatan

Ulasan buku oleh Raz AS

ZARA Cole adalah seorang pencuri di bumi, namun kini dia merupakan seorang pelarian antara galaksi.

Terbabit dalam sebuah peperangan berdarah yang tidak pernah dijangka-jangkanya, Zara bersama-sama Beatriz dan kapal Leviathan mereka, Nadim, nyaris-nyaris gagal untuk melarikan diri mereka.

Kini Zara bersama krunya perlu mencari tempat perlindungan, jauh daripada makhluk-makhluk yang ingin menghapuskan mereka. Namun dengan dua daripada mereka mengalami cedera yang memerlukan rawatan dan pelarian-pelarian yang terdiri daripada manusia dan bukan manusia yang harus mereka bantu, mereka terpaksa singgah ke tempat persinggahan terdekat yang dikenali sebagai Silver, dihuni oleh para penjenayah daripada berbilang spesies.

Kemahiran yang ada pada Zara adalah satu-satunya yang mereka dapat handalkan. Walau bagaimanapun, Zara mendapat tahu tentang rahsia-rahsia yang ada di Silver yang berkemungkinan dapat mengubah haluan peperangan yang telah mereka tinggalkan dengan arah yang salah.

Lambat laun Zara harus membuat keputusan, untuk berhadapan menentang kejahatan atau melarikan diri. Akan tetapi Zara bukanlah seorang penakut yang akan menghindari dirinya daripada sebuah perjuangan.

Ikuti kisah pengembaraan Zara dalam novel kedua siri saga angkasa lepas The Honors, karya Rachel Caine yang berjudul Honor Bound.