JEPUN – Dengan kuasa pembelian yang terkawal malah pertumbuhan ekonomi yang tidak begitu mantap serta bilangan penduduk yang semakin mengecil namun bayangan imej Jepun mungkin dikategorikan sebagai sebuah negara yang tidak sesuai dengan sebuah kuasa imej besar untuk sektor perbelanjaan mewah pada hari ini adalah salah. Adakah anda tidak tahu satu perkara ini. Di Jepun terdapat sebuah pusat membeli belah 13 tingkat yang cukup mewah iaitu Champs-Elysees atau Fifth Avenue di Tokyo. Pusat ini membuktikan bahawa Jepun juga masih ‘puas’ dalam perniagaan mewah dan eksklusif.
Negara tersebut telah menabur sekitar AS$22.7 bilion dalam perbelanjaan tahunan ke atas barangan-barangan mewah dan eksklusif seperti Chanel, Dior dan Prada malah agensi rangkaian mewah ini telah menjadikan Jepun sebagai nombor dua pasaran mewah di dunia selepas Amerika Syarikat. “Produk mewah mungkin kelihatan agak mahal namun kualiti produk ini sangat baik dan berkualiti hebat,” kata seorang lelaki yang berusia 79 tahun bernama Toshiko Obu.
Toshiko berkunjung ke pusat dengan membawa beg Fendi nya dan merancang untuk menukar yang baru. Pusat itu sehingga ke hari ini sudah mampu menarik ramai pengunjung semenjak perasmiannya beberapa minggu yang lepas.
Jepun terkenal sebagai sebuah negara di kalangan peruncit termahal di dunia untuk para pelanggan yang agak sedikit cerewet dan suka membeza-bezakan kualiti produk. Jenama Chanel cuba untuk mengekalkan pelanggan tempatan mereka dengan memisahkan bungkusan untuk pelanggan Jepun dan juga pelancong kerana untuk meraih lebih banyak keuntungan berbanding tahap kemewahan.
“Anda tidak harus lupa bahawa sebahagian besar pelanggan mewah kebanyakannya ada di Jepun dan ia kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai pasaran strategik kemewahan dan saya mengakui ia sememangnya satu unsur kemewahan yang terjamin,” kata Sidney Toledano, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif, Christian Dior Cuoture kepada wartawan AFP semasa majlis sidang perasmian bangunan yang memuatkan sekitar 241 buah kedai itu.

terus bersaing dengan negara-negara lain.

Mengigit kuku mereka
Jenama mewah itu mengharap pasaran mewah Jepun akan terus meningkat lagi pada tahun dan berpotensi untuk terus bersaing dengan negara-negara lain selepas jualan global barangan mewah peribadi hampir tidak meningkat pada tahun lepas.
“Sebenarnya kami tidak kehilangan watak kami namun tidak dinafikan masih ada produk yang menderita malah ada juga yang sudah berhenti melabur di Jepun di sebabkan oleh cabaran pasaran China dan El Dorado menyebabkan mereka menggigit kuku mereka,” kata Richard Collasse, ketua saluran perniagaan di Jepun.
Beberapa jenama mewah antarabangsa meramalkan bahawa pembeli China yang mewah sering membeli-belah di Jepun bagi menyokong pasaran mewah di negara itu. Jepun juga berharap untuk menarik sekitar 40 juta pelancong pada tahun 2020 iaitu pada tahun itu, Jepun menjadi tuan rumah kepada sukan Olimpik.
Pada tahun lepas, dianggarkan kira-kira enam juta pelancong dari China telah berkunjung ke negara itu berbanding 2.4 juta pada tahun 2014.
“Dari segi sejarah, Jepun pada mulanya agak sedikit dalam perniagaan mewah antarabangsa di mana 90 hingga 95 peratus daripada perbelanjaan dimonopoli oleh penduduk tempatan,” kata Joelle de Montgolfier, pengarah berpangkalan di Paris dan bertugas sebagai penyelidik produk dan pengguna mewah di Bain & Company. Namun kini, kira-kira 30 peratus daripada jualan dijana oleh pelancong asing kerana pelancongan.
Mata wang negara itu sedikit sebanyak memberikan kesan kepada para pengunjung apatah lagi dengan jualan mewah selepas kenaikan 9.0 peratus pada tahun 2015.

Diro Toledano berkata bahawa ia adalah satu peluang untuk memberikan lagi lebih banyak tumpuan semula kepada pelanggan Jepun. “Kita tidak mengabaikan pelancong, sudah tentu, namun kami bukan kedai bebas cukai,” tambah Joelle lagi kepada wartawan AFP.
Menyentuh segala-galanya
Beberapa buah kedai saluran di Tokyo mempunyai kosmetik yang berasingan malah bahagian minyak wangi dikhaskan untuk pelanggan Jepun dalam usaha mereka untuk menjauhkan mereka dari para pelancong yang mewah dan kaya raya.
Paling menarik, para pengunjung tempatan sudah dapat menjangka akan kedatang para pelancong bagi usaha mereka untuk mengelakkan bertembung dengan mereka. “Pelanggan Jepun agak sedikit cenderung untuk lari dari pelanggan yang merimaskan apatah lagi kadang kala, pengunjung ini memakai apa sahaja malah berbaring di sofa yang dijual serta menyentuh segala-galanya,” kata Chanel Collasse kepada wartawan AFP.
Persembahan Couture Haute Dior di pembukaan pusat membeli-belah itu memaparkan pakaian yang diilhamkan daripada penduduk Jepun dan menekankan tumpuan kepada pasaran tempatan.
Apa yang pasti, Jepun telah berjuang untuk menterbalikkan kemerosotan ekonomi dalam dekad yang panjang apatah lagi bilangan penduduk Jepun yang semakin menurun terus mendorong keperluan tenaga buruh dan pengguna produk klasifikasi mewah di masa depan.
Menurut penganalisis gaya hidup pengguna di Institut Penyelidikan NLI Tokyo, Naoko Kuga bahawa kebanyakan orang muda mempunyai kontrak kerja yang sangat lemah, tidak mempunyai wang atau kurang kepentingan. “Apabila anda melihat cara dan tabiat pembeli dan pengguna, orang muda akan terlebih dahulu meletakkan nilai kurang pada produk jenama mewah tersebut,” tambah Naoko mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP