Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meneroka hutan dan haiwan menakjubkan di Costa Rica

    APA yang pasti untuk sampai ke Costa Rica dari benua Eropah adalah sangat meletihkan kerana perjalanan yang sangat jauh dan transit di beberapa buah negara sebelum tiba di Costa Rica namun tidak lama lagi semua itu akan berubah kerana pada musim bunga yang lepas, British Airways telah memulakan penerbangan terus dari Gatwick ke ibu negara, San Jose sebanyak tiga kali dalam seminggu. Costa Rica adalah sebuah negara yang paling cantik dan mesra pelanggan di mana sahaja.

    Costa Rica dianggarkan dua kali ganda saiz wilayah Wales dan ia terletak di Amerika Tengah antara lautan Pasifik dan juga Caribbean.

    Oleh itu, tidak hairanlah jika negara ini dipenuhi dengan keindahan pantai tropika, gunung berapi, kawasan hutan yang subur, paya dan ladang yang menghasilkan kopi yang cukup luar biasa.

    Selain itu, Costa Rica juga dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai biodiversiti yang paling besar di dunia. Pada tahun 1970-an, apabila negara itu cuba membersihkan setengah kawasan hutannya untuk pertanian, peningkatan sumber industri itu telah meningkat daripada 20 peratus kepada 60 peratus.

    Dalam erti kata yang lain, hutan tropika di negara ini sangat aktif dan beriklim lembap, oleh itu tidak hairanlah jika perhutanan di negara ini tumbuh dengan begitu cepat, mewujudkan habitat untuk pelbagai haiwan dan burung yang menakjubkan.

    Costa Rica juga dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai biodiversity yang paling besar di dunia.
    Costa Rica juga dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai biodiversity yang paling besar di dunia.

    Travel - 5_140417

    Seterusnya, negara itu juga tidak ketinggalan dengan keindahan bunga-bunga liar yang berleluasa malah negara itu juga menjadi sebuah lokasi kepada taman botani gergasi di dunia.

    Setelah rejim pemerintahan tentera berjaya dihapuskan pada tahun 1948, pihak demokrasi di negara itu telah berjaya mengawal Costa Rica daripada campur tangan huru hara dan peperangan yang melanda negara lain di Amerika Tengah pada tahun 1970-an dan 1980-an.

    Justeru, Costa Rica menjadi sebuah negara yang makmur berbanding negara-negara jiran mereka malah negara ini telah membina infrastrukur berkualiti tinggi untuk dipadankan selaras perkembangan dunia moden.

    Semasa musim percutian sekolah di British, negara itu menjadi destinasi utama bagi kebanyakan keluarga-keluarga British dan juga penduduk-penduduk Amerika Syarikat.

    Sebuah keluarga dari British telah menghabiskan masa mereka selama tiga minggu melancong ke Costa Rica. Menurut keluarga itu, walaupun keadaan hujan yang lebat semasa meneroka kawasan perhutanan di negara itu namun ia tidak menghalang mereka untuk meneruskan aktiviti menjelajah keindahan biodiverisiti negara yang menghijau itu. Keluarga British ini telah melalui beberapa peringkat perjalanan untuk sampai ke destinasi yang mereka ingin kunjungi malah perlu berkolobrasi dengan agensi-agensi pelancongan di negara itu.

    Oleh itu, bagi anda yang ingin berkunjung ke Costa Rica, anda terlebih dahulu digalakkan untuk berurusan dengan agensi pelancongan bagi memudahkan perjalanan anda di negara ini di mana kebanyakan mereka hanya akan dapat berkomunikasi dalam bahasa Sepanyol.

    Keindahan sebuah pulau

    Pulau Tortuga dalam perkataa Sepanyol membawa maksud penyu dan apa yang pasti, setiap musim panas, penyu-penyu ini akan bertelur di kawasan pantai di pulau ini. Dianggarkan beratus-ratus haiwan ini akan muncul setiap malam dari ombak malah kebanyakan haiwan ini datang beratus-ratus batu jauhnya semata-mata untuk bersarang di pulau ini.

    Hutan tropika di negara ini sangat aktif dan beriklim lembap, oleh itu tidak hairanlah jika perhutanan di negara ini tumbuh dengan begitu cepat, mewujudkan habitat untuk pelbagai haiwan dan burung yang menakjubkan.
    Hutan tropika di negara ini sangat aktif dan beriklim lembap, oleh itu tidak hairanlah jika perhutanan di negara ini tumbuh dengan begitu cepat, mewujudkan habitat untuk pelbagai haiwan dan burung yang menakjubkan.

    Travel - 4_140417

    Travel - 3_140417

    Para pelancong berpeluang untuk menyaksikan panorama ini pada waktu malam di bawah cahaya bulan dan dibantu dengan syarikat pelancongan tempatan. Para pemandu pelancongan itu memberi jaminan kepada para pelancong untuk sentiasa senyap dan penyu tidak akan terganggu.

    Di pulau ini, terdapat sebuah pusat peranginan dikenali sebagai Manatus Lodge dan apa yang menarik, pusat peranginan ini terletak berdekatan dengan taman-taman yang dipenuhi dengan pelbagai haiwan eksotik seperti iguana besar, monyet capuchin, burung kakak tua liar biru dan toucans. Malah rumah persinggahan ini turut menawarkan perkhidmatan kayak dan juga perahu untuk meneroka keindahan sungai di kawasan tersebut.

    Rumah persinggahan ini juga dilengkapi dengan bekalan tenaga elektrik jadi anda tidak perlu risau malah bekalan tenaga ini dibuat daripada sisa dari ladang organik dan menghasilkan tenaga yang cukup untuk air panas tanpa had.

    Kuasa daripada panel solar lampu bar dan restoran turut digunakan di kawasan ini.

    Restoran-restoran pula turut menawarkan makanan yang begitu sensasi untuk para pelanggan dengan lokasi makan malam yang begitu menarik dengan dikelilingi kawasan perhutanan yang segar dan jika bernasib baik, para pelancong akan berpeluang menyaksikan kehadiran jaguar yang berkeliaran di kawasan itu.

    Apa yang pasti memang banyak lagi lokasi-lokasi yang menarik di negara ini seperti kawasan pergunungan berapi, kawasan paya yang sejuk dan menyegarkan serta keindahan lautan Pasifik yang membiru pasti akan membuatkan para pelancong merasa terhibur dan berpuas hati ketika berada di negara ini.

    Di Costa Rica, kebanyakan mereka beranggapan bahawa negara ini menyimpan khazanah ‘pure vida’ iaitu kehidupan yang tulen dan ia telah menjadi mercu moto ucapan rasmi di negara berkenaan.

    Di negara yang menghijau ini, ekopelancongan sangat bermakna kepada sesuatu yang sebenar dan wajar untuk semua jika berpeluang untuk mengunjunginya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda