Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meneroka keindahan Pulau Menorca yang menakjubkan

    SEPANYOL – Penduduk tempatan sering kali mengatakan bahawa perkataan Menorca boleh dipecahkan kepada tiga perkataan iaitu air, api dan juga batu. Tiga elemen ini menjadi elemen penting di pulau berkenaan yang terkenal sebagai destinasi pelancongan Sepanyol. Pulau tersebut turut mempunyai sebuah gua yang dikenali sebagai Cova d’en Xoroi, sebuah gua semula jadi yang menempatkan pelbagai arkeologi sejarah negara berkenaan. Ketika matahari terbenam di kawasan laut Mediterranean, ombak-ombak kelihatan memukul pesisir pantai pulau tersebut kemudian beberapa penduduk menyalakan obor-obor di sebuah pondok dan mempamerkan satu suasana yang menakjubkan serta menimbulkan satu suasana santai dalam kalangan pengunjung.

    Pulau tersebut ketika ini mengalami musim panas dan khususnya pada bulan Oktober nanti, pulau ini akan merasakan satu suasana yang cukup panas serta sesuai untuk menikmati keindahan pantai-pantainya yang menakjubkan malah pengunjung akan berpeluang melewati pelbagai tawaran dan peluang dalam merasakan sendiri kehebatan pulau tersebut.

    Alam semula jadi yang segar

    Menorca terletak agak sedikit jauh dari Balearics iaitu sebuah kepulauan antara Sepanyol dan juga Itali. Pulau ini menikmati cuaca iklim yang agak sedikit baik dan suasana itu sentiasa diletakkan dalam suasana gambar poskad pulau berkenaan untuk meyakinkan lagi para pengunjung. Pulau ini telah berjaya memegang gaya hidup yang rendah dan juga menyekat pembangunan yang pesat serta hanya memfokuskan beberapa pusat peranginan yang sedia ada.

    Pulau tersebut dianggarkan mempunyai keluasan sekitar 270 meter persegi dan telah diisytiharkan sebagai lokasi biosfera UNESCO pada tahun 1993 dan akibatnya, sebahagian besar daripada 125 pantai yang mengelilingi pulau berkenaan dipantau dan dijaga menyebabkan pembangunan agak sedikit terbatas.

    Pulau tersebut turut mempunyai sebuah gua yang dikenali sebagai Cova d’en Xoroi, sebuah gua semula jadi yang menempatkan pelbagai arkeologi sejarah negara berkenaan. – AP

    Manakala di sepanjang pantai di kawasan selatan, orang ramai berpeluang berjalan kaki dan menelusuri kawasan pantai bersama kawan dan juga keluarga. Pasir yang putih di Pantai Cala Mitjana memberikan satu pemandangan yang hebat malah kawasan itu dikelilingi dengan kawasan tebing dan air yang cetek menjadikannya agak sedikit mudah untuk meneroka kawasan gua-gua yang berbatu dan aktiviti snorkel.

    Apa yang menarik terhadap kawasan laut di pulau ini ialah apabila musim panas, keadaan suhu air akan terasa hangat dan pelancong akan berpeluang untuk mengadakan beberapa kegiatan santai seperti menyewa perahu dan meneroka kawasan perairan pulau tersebut.

    Legasi satu kebudayaan

    Masyarakat kuno, Phoenician mengelarnya sebagai ‘Nura’ atau Pulau Api. Satu legenda telah mengatakan bahawa pengemudi kapal menjumpai seperti tembok api yang muncul di sepanjang tebing kawasan selatan pulau tersebut dan dikatakan berfungsi untuk memberikan isyarat antara satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Salah satu petanda yang lain, suku kaum Iberian yang datang dari tanah besar semasa Zaman Gangsa turut meninggalkan lebih dari 2,000 monumen batu yang banyak terdapat di pulau tersebut.

    Manakala, masyarakat Talaiotik juga meninggalkan kuil-kuil batu, bilik pengebumian dan monumen yang menyerupai seperti Stonehenge yang lebih kecil. Bagi pelancong yang ingin meneroka kepelbagaian peninggalan sejarah ini, perlulah untuk mendapatkan pemandu pelancong yang pandai berbahasa Inggeris.

    Berikutan dengan kehebatan pulau tersebut, bilangan pengunjung yang melawat pulau tersebut semakin berkembang. – AP
    Pulau ini telah berjaya memegang gaya hidup yang rendah dan juga menyekat pembangunan yang pesat serta hanya memfokuskan beberapa pusat peranginan yang sedia ada. – AP

    Berikutan dengan kehebatan pulau tersebut, bilangan pengunjung yang melawat pulau tersebut semakin berkembang namun tidak ketinggalan juga penceroboh, Menurut sejarah, pulau ini pernah ditakluki oleh beberapa buah negara seperti Greece, Perancis dan banyak lagi.

    Akibat daripada kepelbagaian itu, pulau tersebut turut mempunyai kesan budaya yang pelbagai dan masih berkekalan sehingga ke hari ini. Mereka yang menakluki pulau ini secara berselang seli memerintah pada abad ke-18 dan memindahkan ibu kota pulau itu dari kawasan Mahon kepada Ciutdella yang mana telah diasaskan sebelum kedatangan orang Rom namun telah musnah pada abad ke-16 oleh orang-orang Turki.

    Sumber pertanian

    Walaupun pulau tersebut terkenal dengan kawasan pantai-pantainya yang indah dan menakjubkan, kebanyakan ekonomi Menorca adalah daripada sumber pertanian dan ini dibuktikan melalui satu fakta bahawa di pulau tersebut memiliki lebih banyak lembu berbanding penduduk.

    Ladang-ladang kecil sering kelihatan di mana sahaja kawasan di pulau tersebut dan kebanyakan ladang pertanian menghasilkan pelbagai hasil yang menakjubkan seperti 40 jenis epal, minyak zaitun, wain dan keju Mahon yang lazat.

    Kepekaan terhadap ekologi Menorca bergema di restoran-restoran hebat yang menawarkan pelbagai jenis hidangan menarik apatah lagi lokasi pulau berkenaan yang dikelilingi dengan atmosfera lautan yang luas. Di Ciutadella, seperti Es Tast de na Silvia, satu-satunya restoran berkhidmat dengan hidangan masakan tempatan seperti fideua, sejenis paella makanan laut dengan mi dan banyak lagi, begitulah keindahan Pulau Menorca yang menakjubkan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda