Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meneroka misi alam maya

    ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

     

    BERJUTA-JUTA pemain telah melog masuk setiap hari. Warcross bukan sekadar permainan video, ia kini sudah menjadi cara hidup.

    Obsesi yang telah bermula kira-kira 10 tahun lalu itu kini telah mempunyai peminat-peminat di seluruh dunia, kebanyakannya terdiri daripada orang-orang yang ingin melepaskan diri daripada kehidupan realiti, tidak kurang juga yang ingin mengaut keuntungan.

    Bergelut bagi menyara dirinya sendiri, seorang penggodam remaja, Emika Chen bekerja sebagai seorang pemburu upahan, menjejaki pemain-pemain yang membabitkan diri dalam pertaruhan haram di dalam permainan itu.

    Akan tetapi dunia pemburu upahan adalah sangat sengit, dan bukan tugasan yang mudah.

    Terdesak kerana memerlukan wang segera, Emika telah mengambil risiko dan menggodam ke dalam pertandingan Warcross antarabangsa.

    Bergelut bagi menyara dirinya sendiri, seorang penggodam remaja, Emika Chen bekerja sebagai seorang pemburu upahan, menjejaki pemain-pemain yang membabitkan diri dalam pertaruhan haram di dalam permainan itu. Akan tetapi dunia pemburu upahan adalah sangat sengit, dan bukan tugasan yang mudah. Untuk mengetahui kisah selanjutnya dapatkanlah novel sci-fi Warcross karya Marie Lu di pasaran segera.

    Malangnya perbuatannya itu telah terbongkar dan dia telah menjadi perbualan ramai semenjak malam itu.

    Berasa yakin bahawa dirinya akan ditahan pihak berkuasa, Emika telah terkejut apabila dia sebaliknya mendapat panggilan daripada pencipta permainan tersebut, seorang jutawan muda, Hideo Tanaka, yang telah menawarkannya satu tawaran sukar baginya untuk ditolak.

    Hideo memerlukan seorang perisik di dalam pertandingan tahun ini dan mencari tahu akan masalah keselamatan, untuk itu dia mahu Emika menyandang tugasan tersebut.

    Mempunyai masa yang terhad, Emika pergi ke Tokyo dan memasuki dunia mewah dan terkenal yang selama ini hanya dapat dimimpikannya.

    Namun, semakin jauh dia pergi ke dalam penyiasatannya, dia telah mendapat tahu mengenai rancangan jahat yang akan memberikan impak besar ke atas empayar Warcross.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda