Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menetapkan matlamat, sasaran untuk sukses

    MENURUT penulis Fadzli Yusof, pengarang buku ‘Kuasa Sukses’ menyatakan bahawa ada dua ciri utama orang yang sangat berjaya. Pertama, mereka mampu ‘bermimpi’ pada siang hari. Kedua, mereka mampu bangkit pada malam hari.

    Alah… Saya sudah tahu!

    Mungkin ramai yang sudah biasa mendengar langkah sukses ini iaitu menetapkan matlamat dan sasaran. Sudah banyak buku, ceramah, motivator, ibu bapa, guru, kawan, mentor, jurulatih, majikan kaunselor dan ramai lagi yang menyebutnya kepada anda, bukankah begitu? Sekiranya benar, ia bukan satu alasan untuk kita berasa ‘muak dan letih’ dengan langkah ini. Ia bukan alasan untuk kita mengelak dari melakukannya. Sekiranya kita mahu berjaya, kita tidak dapat lari daripada melakukan langkah ini, secara betul dan efektif.

    Mengapa begitu? Ini kerana, menetapkan matlamat dan sasaran sudah menjadi ‘sains’ dalam kejayaan. Ia adalah tabii manusia. Ia lumrah alam. Ia adalah sunnatullah. Ia sudah menjadi sains. Sejarah dan rekod orang yang berjaya sejak dahulu dan kini sudah membuktikan sains itu. Tuhan sudah menetapkan sedemikian. Tinggal kita yang mahu melakukannya ataupun tidak mahu melakukannnya.

    Di sini penulis senaraikan kata-kata yang berkait dengan kepentingan menetapkan matlamat:

    “Setiap amalan bergantung kepada niat dan setiap perkara itu bergantung kepada niat seseorang.” Hadis Mutawattir.

    Ramai orang sudah membuat matlamat dan sasaran, namun caranya tidak menepati ‘sains sukses’ seperti yang dilakukan oleh orang yang berjaya.
    Ramai orang sudah membuat matlamat dan sasaran, namun caranya tidak menepati ‘sains sukses’ seperti yang dilakukan oleh orang yang berjaya.
    Ada satu elemen penting yang perlu kita miliki sekiranya kita mahu ‘hidup bersama dengan matlamat itu’, elemen itu adalah misi hidup.
    Ada satu elemen penting yang perlu kita miliki sekiranya kita mahu ‘hidup bersama dengan matlamat itu’, elemen itu adalah misi hidup.

    “Mulakan dengan penghujung fikiran.” Stephen Covey.

    “Saya ada impian.” Martin Luther King.

    Saya sudah buat, tetapi masih tidak berjaya!

    Mempunyai tepung yang secukupnya bagi membuat kek belum pasti kek itu menjadi. Adakah kita pernah mendengar keluhan seperti ini “Saya sudah beli 500gm tepung naik sendiri, tetapi kek saya tidak menjadi!”.

    Menetapkan matlamat adalah salah satu daripada langkah sukses. Sekiranya anda sudah melakukannya dengan baik, masih ada beberapa lagi ‘sains sukses’ yang perlu anda lakukan. Ada lagi bahan-bahan lain seperti mentega, telur, serbuk penaik, ising vanilla dan pelbagai lagi.

    Di dalam bab ini, penulis akan berkongsi dengan anda berkenaan ‘apa yang perlu dilakukan kepada tepung itu’? Adakah ia perlu ditapis terlebih dahulu? Adakah ia dimasukkan sekali gus, ataupun sedikit demi sedikit? Berapakah kelajuan alat pemukul acuan yang sesuai dengan tekstur tepung ini?

    Ramai orang sudah membuat matlamat dan sasaran, namun caranya tidak menepati ‘sains sukses’ seperti yang dilakukan oleh orang yang berjaya. Sememangnya ia bukanlah sesuatu yang rigid atau kaku, setiap manusia mempunyai kecenderungan yang unik, namun ada asas-asas dan prinsip penting yang perlu difahami dalam menetapkan matlamat dan sasaran yang berkesan. Sudah pasti anda tidak mahu menetapkan sasaran, tetapi kemudiannya, ia hanya menjadi tulisan kabur di dalam diari, ataupun menjadi fail tidak aktif dalam PDA, ataupun menjadi hiasan meja tulis yang semakin pudar. Maltamat itu hanya beroperasi beberapa hari dan selepas itu semakin dilupakan.

    Lebih teruk, sekiranya seseorang itu salah mentafsir ‘matlamat yang tidak berfungsi’ itu. Dia tidak melakukan analisis secara rasional, sebaliknya, dengan emosional dia mencipta alasan. Orang seperti ini berkata, “Saya sudah menetapkan matlamat dan sasaran, tetapi saya masih tetap gagal. Saya sememangnya ditakdirkan untuk gagal. Saya memang tiada nasib yang elok. Saya memang malang. Banyak orang yang menyebabkan saya gagal. Syharikat tidak menyokong saya. Rakan-rakan saya hanya tahu mengkritik. Saya sudah menetapkan matlamat dan sasaran, tetapi saya masih tetap gagal!”

    Menetapkan matlamat adalah salah satu daripada langkah sukses. Sekiranya anda sudah melakukannya dengan baik, masih ada beberapa lagi ‘sains sukses’ yang perlu anda lakukan.
    Menetapkan matlamat adalah salah satu daripada langkah sukses. Sekiranya anda sudah melakukannya dengan baik, masih ada beberapa lagi ‘sains sukses’ yang perlu anda lakukan.
    Menetapkan matlamat dan sasaran sudah menjadi ‘sains’ dalam kejayaan. Ia adalah tabii manusia.
    Menetapkan matlamat dan sasaran sudah menjadi ‘sains’ dalam kejayaan. Ia adalah tabii manusia.

    Penulis fikir, anda bukan dalam kalangan orang yang sebegitu. Menetapkan matlamat dan sasaran sahaja belum cukup. Ia belum cukup membuatkan kita benar-benar komited dan beriltizam dengan matlamat itu. Ia mungkin kelihatan menarik, tetapi belum pasti ‘mengikat’ kehidupan dan prestasi diri kita. Ada satu elemen penting, yang perlu kita miliki, sekiranya kita mahu ‘hidup bersama dengan matlamat itu’. Elemen itu adalah misi hidup.

    Tanpa misi, hidup menjadi ‘mati’

    Pernahkah anda mendengar keluhan orang yang tidak suka apa yang mereka lakukan? Antara punca utama adalah, kerana apa yang mereka lakukan itu bercanggah dengan perisian yang ada dalam diri mereka. Pada masa yang sama, ada juga orang yang ‘hidup dan bertenaga’ dengan apa yang mereka sedang lakukan. Mereka memberikan sepenuhnya komitmen mereka. Mereka melakukan tugasan mereka dengan penuh semangat dan passionate sekali. Rupa-rupanya, apa yang berlaku adalah komitmen yang mereka lakukan itu sejajar dengan sistem yang membentuk diri mereka. Kehidupan mereka benar-benar ‘hidup’. Mata mereka bersinar dan wajah mereka berseri.

    Bagaimanakah dengan anda? Adakah anda mengetahui sistem diri yang membentuk tingkah laku dan pemikiran anda selama ini? Adakah komitmen anda sekarang selari dengan apa yang ada dalam hati anda?

    Sekiranya kita tahu nilai dalam diri kita dan melakukan sesuatu sejajar dengan sistem diri, maka kita akan berasa ‘hidup dan bertenaga’. Sebaliknya, sekiranya apa yang kita lakukan tidak sejajar dengan kombinasi sistem diri, maka kita mungkin ‘sekadar bertahan’, lebih teruk, kita akan berasa tertekan dan ‘alergi’ dengan kehidupan sendiri.

    Katakan anda sukan makan dan pekerjaan anda adalah ‘pemeriksa kualiti makanan hotel’. Adakah anda berasa malas mahu ke tempat kerja setiap kali hari Isnin bermula? Sudah pasti tidak. Bahkan anda bangkit setiap pagi dalam keadaan penuh bertenaga pergi ke tempat kerja. “Ya! Resipi pastri baru hari ini!” Bahkan mungkin kita mendoakan supaya setiap hari adalah hari bekerja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda