Menez sertai Serie B Reggina

MILAN, 24 JUN – Bekas pemain antarabangsa Perancis, Jeremy Menez akan kembali ke Itali setelah menandatangani perjanjian tiga tahun semalam untuk menyertai pasukan Serie B, Reggina.

“Menez ada di sini,” kata kelab dari Reggio Calabria di selatan Itali dalam sebuah video yang disiarkan di Twitter.

Penyerang berusia 33 tahun itu, yang bermain untuk Perancis 24 kali, memulakan kariernya di kelab Perancis, Sochaux pada tahun 2004 sebelum menyertai Monaco dua tahun kemudian.

Dia memenangi dua gelaran Ligue 1 selama tiga tahun bersama Paris Saint-Germain dari 2011 hingga 2014.

Dia kembali ke Itali di mana dia bermain untuk Roma dari 2008-2011 dan AC Milan dari 2014-2016, diikuti dengan Bordeaux dan bertanding di Turki dan Mexico.

Tahun lalu Menez kembali ke Perancis, bermain selama satu musim dengan kelab divisyen dua, Paris FC. – AFP