Meng dipenjara terima rasuah lebih AS$2 juta

BEIJING, 21 JAN – China menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan enam bulan kepada bekas presiden Interpol, Meng Hongwei, atas dakwaan menerima rasuah lebih daripada AS$2 juta.

Meng dipilih sebagai presiden organisasi polis antarabangsa pada 2016, tetapi tempoh empat tahunnya dilucutkan apabila dia menghilang selepas perjalanan ke China dari Perancis pada lewat 2018. Interpol tidak dimaklumkan dan terpaksa membuat permintaan rasmi ke China untuk mendapatkan maklumat mengenai keberadaan Meng di tengah-tengah suspek telah mengalami kekalahan dalam politik dengan Presiden China Xi Jinping.

Isteri Meng, yang tinggal di Perancis bersama dua anaknya, menuduh pihak berkuasa China berbohong dan mempersoalkan sama ada suaminya masih hidup. Mengikut laporan, Meng, 66, mengakui menyalahgunakan jawatannya untuk menerima rasuah 14.4 juta yuan (AS$2.1 juta) semasa berkhidmat di pelbagai pejabat, termasuk sebagai naib menteri keselamatan awam dan ketua polis maritim, sering kali mendapat bantuan dan menggunakan pengaruhnya dengan pegawai lain. – AFP

Gambar fail pada 4 Julai 2017 menunjukkan Meng Hongwei ketika menyampaikan ucapannya semasa Kongres Interpol Sedunia di Singapura. – AP