Mengaku cabul, ketahui hukuman hari ini
Oleh Rafidah Jumat BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Mahkamah Majistret di sini, menetapkan 20 Ogos untuk sebutan hukuman seorang lelaki yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan cabul terhadap seorang wanita berusia 34 tahun. Tarikh hukuman itu ditetapkan Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain ke atas Mursidi bin Murni, 37 tahun.

































