Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Mengaku cemburu, Luna Maya pernah tidak tegur Momo Giesha

    Pelakon Luna Maya mengakui pernah bersikap dingin dengan penyanyi Momo Giesha gara-gara khabar angin mengenai hubungan dengan Ariel Noah.

    Luna memohon maaf dan me-nganggap sikap cemburunya dahulu terlalu memalukan untuk dikenang.

    “Kan aku bodoh dulu, bercinta ceritanya, ini jadi berita. Aku cuma fikir ‘wah laki saya dengan teman saya mahu diambil” ujar pelakon filem Suzzanna: Bernapas Dalam Kubur.

    Tambah Luna, Momo bukan satu-satunya artis perempuan yang diperlakukan demikian.

    “Bukan kamu sahaja, ramai perempuan yang digosipkan dengan Ariel aku tidak tegur.

    “Aku mengaku seperti budak bercinta, maaf ya, jangan marah,” ujarnya kepada Momo dalam sebuah video.

    Luna bukan sahaja meminta maaf kepada Momo, malah dia juga memohon maaf kepada Ariel kerana bersikap cemburu buta.

    “Maaf ya banyak sejarahnya. Maaf ya Riel, maaf. Itu dulu ketika masih muda dan tak mampu menahan emosi,” ujarnya. – Agensi

    Luna Maya mengakui pernah bersikap dingin dengan Momo Giesha gara-gara khabar angin mengenai hubungan dengan Ariel Noah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...