Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan curi.
Awangku Mohd Azri bin Pengiran Muda mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 28 Mac 2018 kira-kira jam 3:45 pagi di Wad 32 & 33, Blok Perempuan dan Kanak-kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
Tertuduh didakwa telah mencuri satu beg duit yang mengandungi wang tunai $15 dan satu kad ATM Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).
Pemangku Ketua Majistret Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar mengarahkan agar kes disebut semula pada 2 April 2018.
Sementara itu pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sabrina binti Haji Mahmud.