Mengaku salah curi kepingan besi

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan melakukan curi.

Hukuman terhadap Chong Jih Chau, 38, dan Kong Kok Ming, 35, akan diputuskan Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu pada 26 Ogos ini.

Kedua-dua tertuduh didakwa mencuri kepingan besi di kawasan tapak syarikat di Kampung Sungai Duhon, Kuala Belait sekitar 1:32 petang pada 16 Ogos 2019.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hidayatul Aeny Alisah binti Haji Zullizam.