Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Mengaku salah jual maklumat sulit kapal selam

    WASHINGTON, 15 FEB – Bekas jurutera Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) Jonathan Toebbe semalam mengaku bersalah atas tuduhan cuba menjual maklumat sulit berhubung kapal selam nuklear serta mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup, lapor Sputnik.

    “Adalah dipersetujui antara AS dan pelanggan awda seperti berikut: Toebbe akan mengaku bersalah terhadap Satu Dakwaan, Konspirasi Mendedahkan Data Sulit, melanggar Tajuk 42, Kod Amerika Syarikat, Seksyen 2274(a) dan 2014,” menurut fail yang dikemukakan mahkamah Pejabat Peguam AS Daerah Utara Virginia Barat memetik fail ditandatangani Toebbe dan peguamnya, semalam.

    Defendan mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup berserta denda tidak lebih AS$100,000 dan sehingga lima tahun pembebasan dalam pengawasan.

    Pada Oktober 2021, Toebbe dan isterinya Diana didakwa mengintip dan menjual rahsia ketenteraan yang diperoleh melalui tugasnya sebagai jurutera nuklear Tentera Laut AS.

    Pihak berkaitan juga bersetuju menetapkan tempoh tahanan antara 151 hingga 210 bulan mengikut undang-undang persekutuan AS.

    “Setiap pihak boleh meminta hukuman berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan. Mahkamah akan menentukan pembebasan dengan pengawasan serta denda,” menurut fail itu.

    Toebbe bersetuju memberikan pihak berkuasa akses kepada semua peranti elektronik dan akaunnya untuk pegawai persekutuan dapat mengesan AS$100,000 yang dibayar dalam mata wang kripto Monero sebagai pertukaran kepada kerahsiaan yang mahu dijual. – Bernama

    Gambar serahan Pihak Berkuasa Penjara Virginia Barat menunjukkan Jonathan Toebbe dan isteri, Diana Toebbe. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...