Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Mengaku salah pecah masuk kedai, lelaki tempatan dipenjara 7 tahun, 4 sebatan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Seorang lelaki tempatan mengaku bersalah atas tuduhan berkaitan pecah masuk, melibatkan pencurian dron, di Mahkamah Perantaraan, di sini pada Selasa lalu dan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun serta empat sebatan.

    Muhammad Syakirin bin Haji Hamdani, 36, memecah masuk sebuah kedai di sebuah pusat beli-belah di kawasan komersial Jaya Setia pada pukul 8:50 pagi, 3 April lalu. Dia merosakkan kunci stor, memasukinya dan memuatkan troli yang penuh dengan barangan elektrik dan elektronik serta perkakasan.

    Dia juga mengambil wang tunai dan barangan lain serta memasukkannya ke dalam beg galasnya. Walaupun tidak dikesan oleh sesiapa, tindakannya telah dirakam kamera CCTV kedai itu. Kakitangan yang menyedari mereka telah dirompak, memeriksa rakaman CCTV
    dan membuat laporan polis.

    Pendakwa Raya Syazwani Jumat selanjutnya mendedahkan di mahkamah bahawa defendan pertama kali menyerang kedai itu antara Mac dan April 2020.

    Kemudian, dia juga berjaya membawa lari barangan yang bernilai hampir $10,000.

    Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar selanjutnya mendengar bahawa pada April 2020, defendan memecah masuk sebuah stor di Batu Bersurat pada waktu malam di mana dia melarikan barangan yang bersaiz besar.

    Hakim melihat bahawa defendan tidak boleh memberi pampasan kepada mangsa dengan jumlah barang yang dicuri dan kerugian kewangan serta kebanyakan barang yang dicuri tidak dapat diperoleh semula. Pertimbangan tersebut akhirnya membawa kepada keputusan mahkamah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...