Mengaku tidak bersalah

Penyanyi Zarith Sofia Yasin mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu menyimpan dan mengurung anak beruang matahari di kondominium miliknya.

Bekas peserta program realiti Rockanova itu membuat pengakuan tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu lalu di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.

Sebelum ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan Zarith yang dikenali dengan gelaran Pia kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari di kondominumnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur pada 6 Jun lalu.

Penyanyi wanita berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam beberapa hari lalu selepas pihak Perhilitan membuat pemeriksaan mengejut di rumahnya berdasarkan maklumat awam.

Zarith disiasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran Perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Zarith atau lebih mesra disapa Pia memberitahu dia begitu mengambil berat soal penjagaan dan kebajikan sepanjang beruang itu di bawah penjagaannya. – Agensi

Bekas peserta program realiti Rockanova itu membuat pengakuan tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu lalu di hadapan Hakim Manira Mohd Nor. – Agensi