Mengaku tidak bersalah miliki 21 butir peluru

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Sepasang suami isteri yang berdepan pertuduhan memiliki 21 butir peluru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Perantaraan, kelmarin.

Pengakuan tidak bersalah dibuat Mohammad Zulhilmi bin Mohd Hussin, 39, yang didakwa memiliki peluru itu dalam kejadian antara 22 Februari dan 3 Mac 2020 manakala isterinya, Saltinawati binti Haji Abu Bakar, 43, didakwa memiliki peluru tersebut dari tahun 2014 sehingga 20 Februari 2020.

Peluru-peluru itu ditemui di rumah mereka di RPN Kampung Panchor Mengkubau.
Kedua-dua tertuduh diperintahkan untuk ditahan reman apabila gagal mendapatkan penjamin.

Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menetapkan 28 April 2020 untuk menentukan tarikh perbicaraan.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Ahmad Ghazali.