Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mengaku tidak bersalah palsukan dokumen

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini, atas pertuduhan menipu dan memalsukan dokumen.

    Mohd Rosmadi bin Haji Md Zain berdepan 16 tuduhan menipu dan memalsukan cek dengan menulis namanya sebagai penerima dan memasukkan jumlah yang berbeza pada cek yang dimiliki Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara November dan Disember 2011 serta Januari 2012.

    Dia didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Suriana binti Haji Radin mengikut Seksyen 468 dan Seksyen 471 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa penjara sehingga 10 tahun dan juga boleh dikenakan denda.

    Hakim Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 28 Februari untuk tarikh perbicaraan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda