Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Mengapa nabi penggembala kambing?

MENURUT B.A. Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhamad Syaari Ab Rahman menyatakan bahawa bukan Rasulullah sahaja, tetapi semua. Semua nabi bermula sebagai seorang penggembala kambing. Sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim: “Tiada seorang nabi pun dibangkitkan kecuali mereka ialah penggembala kambing.”

Benar atau tidak, sejak kecil kita hanya diceritakan bahawa Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam pernah bekerja sebagai penggembala kambing. Namun, kita tidak pernah diberitahu mengapa Baginda hanya menggembala kambing, mengapa bukannya unta atau haiwan lain?

Ada 5M yang menjadi ‘silibus kepimpinan’ daripada Allah kepada para anbia melalui pekerjaan ini. Ayuh kita lihat perbandingan sikap ‘pemimpin pengembala’ dengan pemimpin biasa.

Silibus pemimpin kelas dunia:

1-Mencari (Pathfinding)

Pemimpin biasa: “Banyak kejayaan yang berjaya dicapai apabila kumpulan kita banyak mengatasi masalah yang mencabar.”

Pemimpin penggembala: “Tiada gunanya kita menangani banyak masalah yang mengganggu organisasi tanpa organisasi ini berjaya sampai ke destinasi yang selama ini diidam-idamkan!”

Seorang penggembala kambing mesti memastikan terlebih dahulu di mana lokasi padang rumputnya sebelum kambing-kambingnya digerakkan. Dan semestinya padang rumput itu pula miliknya dan bukan sebaliknya.

Rasulullah sangat jelas dengan ‘padang rumput’ Baginda. Apa tidaknya, Rasulullah pernah diperlihatkan syurga kepadanya. Maka, Baginda beria-ia mengharapkan umatnya turut memasuki syurga bersamanya.

Kambing merupakan makhluk yang paling sukar untuk ditundukkan dan dijinakkan. Maka, penggembalanya mestilah mempunyai pelbagai kaedah alternatif untuk mengarahkan haiwan ini ke padang rumput.
Kambing merupakan makhluk yang paling sukar untuk ditundukkan dan dijinakkan. Maka, penggembalanya mestilah mempunyai pelbagai kaedah alternatif untuk mengarahkan haiwan ini ke padang rumput.
Ada 5M yang menjadi ‘silibus kepimpinan’ daripada Allah kepada para anbia melalui pekerjaan penggembala kambing ini iaitu Mencari, Mengarah, Mengawasi, Melindungi dan Merenung.
Ada 5M yang menjadi ‘silibus kepimpinan’ daripada Allah kepada para anbia melalui pekerjaan penggembala kambing ini iaitu Mencari, Mengarah, Mengawasi, Melindungi dan Merenung.
Penggembala kambing yang beriman akan bekerja bukan kerana majikannya, tetapi kerana Tuhannya. Saat dia mencari, mengarah, mengawasi, dan melindungi, dia tidak pernah memisahkan dirinya daripada alam sekeliling dan Pencipta.
Penggembala kambing yang beriman akan bekerja bukan kerana majikannya, tetapi kerana Tuhannya. Saat dia mencari, mengarah, mengawasi, dan melindungi, dia tidak pernah memisahkan dirinya daripada alam sekeliling dan Pencipta.

2-Mengarah (Directing)

Pemimpin biasa: “Anda semua berada di bawah saya. Maka, patuhilah setiap arahan saya dan jangan mempersoalkannya.”

Pemimpin penggembala: “Saya akan memastikan anda dipimpin dengan kualiti dan kreativiti. Ayuh bekerja bersama saya dan jangan bekerja kerana saya.”

Kambing bukan unta dan haiwan yang lain. Kambing merupakan makhluk yang paling sukar untuk ditundukkan dan dijinakkan. Maka, penggembalanya mestilah mempunyai pelbagai kaedah alternatif untuk mengarahkan haiwan ini ke padang rumput.

Lihat sahajapada kepimpinan Rasulullah. Baginda memiliki kesenian yang tinggi dalam memberi arahan kepada para sahabat – misalnya di Hudaibiyah. Pada saat para sahabat tidak berpuas hati dengan keputusan Rasulullah, tiba-tiba bertukar menjadi patuh. Seterusnya membuahkan kemenangan yang besar pada kaum Muslimin.

3-Menagawasi (Controlling)

Pemimpin biasa: “Sesiapa yang tidak mahu bekerja dengan saya, sila tinggalkan organisasi ini!”

Pemimpin penggembala: “Saya mesti memastikan semua orang dapat bekerja dengan baik. Menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan semua orang nampak kekuatannya melebihi kelemahan.”

Seseorang penggembala tidak akan membiarkan seekor kambing pun terlepas daripada pengawasannya. Kehilangannya akan memberikan impak kerugian kepada si pengembala, walaupun seekor!

Rasulullah sentiasa melihat setiap sahabatnya dengan ‘nilai yang mahal’. Setiap para sahabat itu berpotensi untuk pergi ‘jauh’ dalam menyebarluaskan Islam. Akhirnya, masing-masing menjadi ‘superstar’ bawah didikan dan asuhan Rasulullah!

4-Melindungi (Protecting)

Pemimpin biasa: “Saya sangat gembira kerana kita semua telah mencapai impian yang besar sepertimana yang kita mahukan selama ini.”

Pemimpin penggembala: “Saya begitu risau apakah kita mampu mempertahankan kejayaan ini untuk tempoh masa yang lebih lama?”

Penggembala kambing akan sentiasa memastikan setiap kambingnya akan terus bersatu dan tidak berpecah-belah setelah sampai ke padang rumput yang dituju. Tujuannya agar haiwan peliharaan ini sentiasa dalam keadaan selamat daripada dicuri oleh manusia atau dimakan oleh serigala. Kedua-dua musuh ini akan sentiasa menunggu peluang untuk ‘membaham’ mana-mana kambing yang berjauhan daripada kumpulan.

Sebab itu tidak pelik Rasulullah Salallahu Alaihi Wa-sallam membina ikatan ukhuwah sebagai agenda pertamanya sebaik sahaja Baginda berjaya membawa kaum Muhajirin selamat mendarat di ‘padang rumput’ Madinah!

5-Merenung (Reflecting)

Pemimpin biasa: “Pencapaian gilang-gemilang organisasi ini hasil titik peluh saya sendiri.”

Pemimpin penggembala: “Tiada kejayaan pada organisasi ini melainkan anugerah Allah untuk menguji kita bersyukur atau sebaliknya.”

Penggembala kambing yang beriman akan bekerja bukan kerana majikannya, tetapi kerana Tuhannya. Saat dia mencari, mengarah, mengawasi, dan melindungi, dia tidak pernah memisahkan dirinya daripada alam sekeliling dan Pencipta.

Dari awan yang bergerak menghiasi langit sehinggalah pada daun-daun kering yang berguguran, semuanya memberikannya pelajaran yang berguna. Demikianlah Rasulullah, pemimpin dunia yang sentiasa sujud kepada-Nya sehingga bengkak-bengkak kakinya, sedangkan Baginda sudah pun dijamin menjadi penghulu bagi ahli syurga.

Ibrah di sebalik kisah

Setiap perkara yang disusun oleh Allah pasti ada pengajarannya. Apatah lagi setiap perkara yang dilalui oleh para anbia, semuanya sudah diaturkan oleh Allah untuk menjadi teladan kepada kita.

Biarpun mereka bermula sebagai seorang penggembala. Namun di situlah mereka diajar pelbagai seni kepimpinan secara tabii. Lalu apabila diangkat menjadi seorang nabi dan seterusnya memimpin dunia, mereka mampu mentadbir dengan amanah dan berjaya.

Percayalah, mereka ialah pemimpin dunia yang terbaik pada zamannya. Meneladani mereka bererti kita menjejaki proses menjadi pemimpin terbaik pada zaman kita!

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -