Mengekalkan budaya tradisional Mexico

BANDARAYA MEXICO – Beribu-ribu penduduk Mexico berkumpul di lereng-lereng kedai di ibu kota bagi menghadiri pesta tari menari sambil mengenakan pakaian tradisional dan mengenakan solekan seperti tengkorak bagi memperingati Hari Kematian yang diinspirasikan daripada Hollywood, sebahagian daripada aktiviti yang memeriahkan lagi musim percutian.

Bandar tersebut sekali lagi dihiasi dengan patung-patung budaya tersebut dan diserikan dengan tayangan adegan lakonan James Bond dalam filem Spectre di mana Daniel Craig menggunakan topeng tengkorak ketika dia merangkak masuk ke dalam kesesakan orang ramai. Festival yang diadakan di ibu negara itu telah berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi meraikan hari tradisional tersebut.

Perayaan festival itu dijangka akan diadakan selama dua minggu berbanding perayaan tradisional yang lain hanya beberapa hari sahaja diadakan di bandar raya tersebut. Pertunjukan yang diadakan baru-baru ini merupakan salah satu perayaan terbesar pernah diadakan di bandar itu malah pelbagai bentuk perhiasan turut dipamerkan bagi menghormati masyarakat prahispanik itu.

Karnvial itu menyaksikan penduduk Mexico menghiasi rumah mereka dengan gambar-gambar ahli keluarga yang telah meninggal dunia di atas sebuah plot meja khas atau di tanah-tanah perkuburan. “Perayaan ini menjadikan Mexico lebih gembira dan beberapa tempat yang lain,” jelas Cindy Saenz, penyelaras perayaan tersebut.

Bagi Avelina Bautista, yang datang di ibu kota tersebut beberapa hari yang lalu dari Selatan Mexico menjalankan perniagaan kraf tangan bersama dengan keluarganya, suasana perayaan sangat luar biasa dan menakjubkan.

Di bandar Oaxaca, di mana penduduk peribumi bercakap dialek Mixtec, Day of The Dead merupakan sambutan selama tiga hari yang bermula dengan anak-anak mengunjungi rumah-rumah jiran bagi mendapatkan labu manis. Pada waktu malam, penduduk berkumpul di tanah perkuburan untuk berjaga-jaga di kubur mereka yang tersayang sambil menikmati hidangan, berhibur, memasang lilin dan meletakkan banyak bunga marigold jingga sehingga matahari terbit.

“Kami mengatakan rosary, kami menyanyi, menangis dan menganalisis serta mengimbas kembali kenangan memori lalu bersama mereka yang tersayang,” tambahnya.

Keluarga Mexico menghormati budaya dan tradisi nenek moyang mereka. Mereka akan menyalakan lilin dan meletakkan bunga di sebelah gambar nenek moyang mereka bersama dengan makanan kegemaran mereka yang tersayang. – AP

Festival yang diadakan di ibu negara itu telah berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi meraikan hari tradisional tersebut. – AP
Perayaan festival itu dijangka akan diadakan selama dua minggu berbanding perayaan tradisional yang lain hanya beberapa hari sahaja diadakan di bandar raya tersebut. – AP