Mengekalkan cara hidup tradisional

HOLDERNESS – Peti ais moden kurang menarik bagi para tetamu musim panas di peranginan desa New Hampshire yang lebih suka menyejukan botol air dan soda dengan cara lama.

Persiapan bermula lima bulan lebih awal, apabila para kakitangan dan sukarela peranginan itu berkumpul untuk mengambil ais dari tasik berhampiran, Tasik Squam. Ritual bulan Januari sejak tahun 1897 apabila Rockywold-Deephaven Camps pertama kali membuka bandar Holderness dan diamalkan bagi tujuan komersil di beberapa buah tempat lain di negara itu.

Kumpulan itu, yang membawa bersama kelengkapan, gergaji rantai, pemecah ais dan gergasi besar yang dibawa dengan kereta luncur salji, boleh mengambil 200 tan ais dalam tempoh beberapa hari semasa musim sejuk biasa. Mereka mengangkut ais dan menyimpannya di dua buah kereta simpanan luncur salji di penempatan sementara, yang mana ia disimpan sehingga musim panas.

Kemudian para kakitangan yang membawa kereta sorong menyediakan ais kepada tetamu-tetamu peranginan yang kemudian meletakkannya di dalam kotak ais antik – yang sesetengahnya telah wujud dalam tahun 1930an dengan bahagian luarannya adalah dibuat dari kayu keras dan berlapik timah atau zink untuk menyejukkan minuman atau snek. Para tetamu telah diberitahu supaya tidak makan ais berkenaan, meskipun terdapat orang lama yang masih meletakkan beberapa serpihan ais ke dalam koktel mereka.

“Kebanyakkan keluarga datang ke sini selama beberapa generasi dan mereka yang datang ke sini tidak suka melihat banyak perubahan. Mereka menyukainya tempat ini sederhana dan sunyi,” ujar John Jurczynski, yang merupakan pengarah besar bersama Rockywold-Deephaven Camps selama 29 tahun dan yang menyelia pengambilan ais. Gesaan membawa peti ais elektrik dalam tahun 1960an telah ditolak oleh para tetamu. “Itu adalah tradisi kemas dan orang ramai menyukainya,” ujarnya lagi.

Kumpulan itu, yang membawa bersama kelengkapan, gergaji rantai, pemecah ais dan gergasi besar yang dibawa dengan kereta luncur salji, boleh mengambil 200 tan ais dalam tempoh beberapa hari semasa musim sejuk. – AP
Pengambilan ais bermula dalam tahun 1805 apabila Frederic Tudor, yang tinggal di luar Boston, muncul dengan idea ‘menjual sejuk’ dan ‘menghantar ais di seluruh dunia’. – AP
Ketulan ais berukuran 16 inci dengan 19 inci, dengan seberat-beratnya 120 paun. – AP

Selama berminggu-minggu Jurczynski mengeluarkan bulletin tentang keadaan ais di Tasik Squam. Menjelang pertengahan Januari, makluman dikeluarkan. Ais akhirnya telah sampai kepada ketebalan selamat – dalam hal ini kira-kira 13 inci dan pengambilan boleh bermula. Sebaik saja mereka membuang salji dan mencarta grid, pemotongan pun bermula dan bunyi lolongan gergaji bergema di seluruh tasik itu.

Kelengkapan tradisional

Para pekerja kebanyakannya menggunakan alat aneh yang dipanggil gergaji ais – dengan mata gergaji yang besar dipasang pada kereta luncur salji untuk membuat potongan. Ketulan ais berukuran 16 inci dengan 19 inci, dengan seberat-beratnya 120 paun. Blok-blok ais dicungkil keluar dengan bantuan gergaji rantai dan barisan pekerja dengan tombak ais mengapungkannya sepanjang pelongsor. Ia kemudian ditolak menaiki landas angkat dan ke dalam lori yang akan membuat perjalanan ke tempat penyimpanan. Apabila semuanya selesai, kumpulan itu mengumpul sebanyak-banyaknya 3,600 blok ais.

“Nyata sekali menghabiskan masa dan tenaga, kami tidak akan melakukannya. Kami boleh saja membeli blok-blok ais,” Ujar Jane Kellogg, seorang guru pesara, yang mana ayahnya pergi ke peranginan itu ketika masih kecil dan yang sering membawa pelajar-pelajar sekolah rendah di luar peranginan ini untuk melihat pengambilan ais.

“Namun adalah sesuatu tentang maruah yang dimiliki tempat ini yang masih kekal iaitu mengekalkan budaya itu, tradisi itu,” ujarnya lagi.

Jon Spence, pekerja penyelenggaraan peranginan yang mengangkat naik ais ke dalam lori, berkata dia membuat persiapan bagi acara setiap tahun dengan menonton video dan filem lama yang memaparkan pengambilan ais. Dia telah menemui topi tinggi untuk dipakai bagi acara itu tetapi tidak dapat menjejaki kot panjang yang popular di kalangan pengambil-pengambil ais pada hari itu.

Sejarah

Spence berkata, “Saya sangat suka icing. Salah satu alasan saya bekerja di sini begitu lama ialah icing. Bila saja orang bertanya apakah pekerjaan saya. Saya kata, saya adalah pengambil ais komersial. Mereka tidak tahu apakah itu. Kebanyakan orang tidak memahami. Kebanyakan orang menyangka kami menangkap ikan dalam lubang ais di sini.”

Pengambilan ais bermula dalam tahun 1805 apabila Frederic Tudor, yang tinggal di luar Boston, muncul dengan idea ‘menjual sejuk’ dan ‘menghantar ais di seluruh dunia’, menurut Dennis Picard, seorang pengarah muzium Massachusetts yang telah bersara yang dianggap pakar dalam pengambilan ais. Ais pernah dihantar sejauh-jauhnya seperti Asia dan usaha itu menjadikan Tudor seorang jutawan, menurut Picard. Berpuluh-puluh ribu orang diambil bekerja dalam industri itu, kebanyakannya di Timur Laut dan Barat Tengah, ujarnya.

Namun apabila peti ais elektrik dan berkuasa gas untuk rumah menjadi popular selepas Perang Dunia Pertama, menggantikan peti sejuk gaya lama, pengambilan ais berkurangan. Hari ini, hanya beberapa kelengkapan dalam pengambilan ais Amerika Utara bagi tujuan komersil. Wine Lake Camp di Ontario melakukannya, seperti di beberapa tempat di Wisconsin, Montan dan Maine. Di bandar Maine, Selatan Bristol, ais dijual secara komersial dan digunakan untuk menghasilkan aiskrim bagi acara tahunan sosial aiskrim dalam bulan Julai.

Di Rockywold-Deephaven, yang dibukakan kepada para tetamu dari bulan Jun hingga pertengahan September, pengambilan ais bukan hanya mampu bertahan dengan kemajuan elektrik tetapi juga – sekurang-kurangnya – kesan dari perubahan iklim. Pengambilan ais tidak pernah terlepas selama tempoh 122 tahun, meskipun beberapa kali pengambilan dipindahkan ke lokasi lain di tasik itu kerana tempat itu membeku lebih pantas.

Dan dengan pendatang baru seperti Jack Sengstaken, 23 tahun turut membantu, mungkin pengambilan ais akan berterusan dalam tempoh bertahun-tahun mendatang. “Menjadi sebahagian tradisi adalah sesuatu yang hebat yang telah berterusan sekian lama,” ujar Sengstake yang membesar di tasik itu dan yang mana anggota keluarganya telah membantu menemukan bandar berhampiran, Sandwich. “Seperti kita boleh kembali ke masa lampau sedikit.” – AP