Oleh Hajah Laila HM
BANDAR SERI BEGAWAN – Demi mengeratkan lagi ikatan persahabatan, baru-baru ini telah diadakan buat pertama kali Majlis Pertemuan Semula bagi bekas pelajar-pelajar Darjah 4 semasa menuntut di Sekolah Rendah Rato Gandi, Jalan Kota Batu pada tahun 1973. Majlis pertemuan semula ini diadakan di salah sebuah restoran di Kiulap dan objektif utama majlis ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim dan mengimbau kembali banyak kenangan semasa zaman persekolahan yang sudah lama terpisah dan kebanyakan yang hadir mengutarakan semoga ikatan persahabatan ini akan terus berpanjangan dan lebih erat.
