Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mengenali ikatan uni-to-uni @ Double uni

    Oleh Raz AS

    Ikatan uni-to-uni atau juga dikenali sebagai double uni knot adalah salah satu teknik ikatan yang digunakan untuk menghubungkan dua tali tanpa penggunaan kili-kili (swivel). Ia sesuai digunakan dengan pelbagai jenis tali pancing seperti monofilament, fluorocarbon atau braided, sama ada untuk menghubungkan dua tali daripada jenis yang sama atau berlainan.

    Untuk membuat ikatan ini mudah sahaja dan dapat dilakukan dengan cepat melalui sedikit latihan, pertama sekali gandingkan dua tali yang ingin disambung dari arah yang bertentangan. Bermula dengan hujung salah satu daripada tali tersebut buatkan lingkaran bulatan dan lilitkan hujung tali itu pada dua-dua tali tersebut melalui lubang lingkaran itu tadi sebanyak beberapa kali.

    Kemudian tarik pangkal tali dan hujung tali itu untuk mengencangkan ikatan. Setelah itu, lakukan proses yang sama pada tali yang satu lagi. Apabila kedua-dua tali sudah dibuatkan ikatan, baharulah kedua-dua pangkal tali ditarik dari arah bertentangan untuk menemukan dua ikatan itu tadi dan potongkan lebihan hujung tali bagi mengemaskannya.

    Jumlah lilitan adalah tergantung pada jenis tali dan ketebalannya. Bagi monofilament dan fluorocarbon cukup sekadar empat hingga lima kali lilitan, manakala braided pula perlulah dililit sekurang-kurangnya sebanyak lapan kali lilitan bagi mengelakkan ia daripada terlucut.

    Langkah-langkah membuat ikatan uni-to-uni. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda