Mengenang cinta lama

Penyanyi Britney Spears dikatakan memuat naik status di laman Instagram mengenang hubungan cinta lalu bersama Justin Timberlake.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, penyanyi lagu Baby One More Time itu berkongsi status mengatakan tentang hubungan yang sudah berakhir.

“Kehidupan kita mungkin berbeza tapi oh adakah jiwa kita tahu bagaimana untuk menari?” tulis Britney

Rata-rata netizen membuat andaian status tersebut sememangnya ditujukan khas buat bekas kekasihnya. Sebahagiannya menyatakan Britney Spears telah mengenangkan hubungannya bersama Justin Timberlake pada waku-waku yang dahulu.

Bagaimanapun, ada juga segelintir yang beranggapan ia mengenai hubungan Britney dengan kekasihnya, Sam Asghari yang terjalin sejak 2016 itu sudah berakhir.

Britney dan Justin sebelum ini menjalinkan hubungan cinta pada 1999 hingga 2002 selepas bekerjasama menerusi The All New Mickey Mouse Club. – Agensi

Britney Spears telah mengenang hubungannya dengan bekas kekasihnya di lama Instagram – Agensi