Menggalakkan berbelanja secara berhemah

Oleh Normazlina M.D

 

KUALA BELAIT, 8 Jan – Bagi menggalakkan orang ramai berbelanja secara berhemat, Tee’s Bakery telah mengadakan jualan Mini garaj di Jalan Rotan Gatah, Teres Lumut, hari ini.

Jualan berkenaan diadakan untuk mempromosikan barangan baru dan terpakai dengan kondisi yang masih baik dengan menawarkan harga yang murah dan berpatutan, di samping dapat mempromosikan dan memperkenalkan para pengusaha tempatan yang baru menceburi bidang perniagaan.

Selain itu, jualan tersebut juga diharapkan dapat menjalinkan hubungan erat bersama para pengusaha tempatan yang baru dan lama dan juga dapat menjalinkan hubungan erat bersama penduduk kampung di sekitar kawasan Kampung Lumut.

Jualan Mini garaj itu disertai oleh enam orang vendor tempatan terdiri daripada Tee’s Kitchen, Aisha, JP Summer Burger, Avnu by Alwani, The Petal Shop dan The Mug Shop. Jualan tersebut diharap akan mendapat sambutan daripada orang ramai khususnya penduduk Kampung Lumut dan sekitarnya selain dapat menambah pendapatan dengan menyertai jualan perniagaan secara kecil-kecilan.

Antara vendor yang ikut serta dalam jualan Mini Garaj di Teres Lumut, kelmarin.
Antara vendor yang ikut serta dalam jualan Mini Garaj di Teres Lumut, kelmarin.