Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menggalas tanggungjawab dalam mencapai kebahagiaan

    PASANGAN pelakon suami isteri, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob digandingkan bersama dalam siri drama Perempuan Paling Bahagia yang diadaptasi dari novel karya Syamnuriezmil.

    Ia merupakan sebuah drama arahan Jamal Khan di bawah terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Selain itu, siri drama ini juga membariskan pelakon hebat lain seperti Luqman Hafidz, Sara Ali, Liza Abdullah, Ako Mustapha, Syafiq Sahli, Uqasha Aenrose, Amir Nafis, Shahera Manrose, Ryzal Jaafar, Zowa Zahari, Zulkifli Ismail, Idris Mad Diah dan Rosnah Johari.

    Dalam mencapai kebahagiaan adalah suatu pengorbanan. Berkorban untuk membuatkan orang yang kita sayang bahagia setentunya akan membuatkan kita akan turut merasakan bahagia.

    Bagi Arissa lakonan Shera Aiyob yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia. Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, anak damit yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi lakonan Luqman Hafidz, abang Rafa lakonan Zahiril Adzim.

    Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina lakonan Liza Abdullah menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan,membuatkan Rafi untuk berdendam. Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuan, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.

    Pasangan pelakon suami isteri, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob digandingkan bersama dalam siri drama Perempuan Paling Bahagia.

    Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissa adalah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan.

    Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

    Lalu, apakah kehadiran Rayyan menjadi penyatu hubungan di antara perhubungan Rafa dan Arissa. Selain itu, bagaimana pula ketamakan Rafi bakal memusnahkan hubungan mereka.

    Untuk mengetahui kesudahan kisah dalam siri drama ini jangan terlepas untuk terus menonton siri drama Perempuan Paling Bahagia yang disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9.00 malam di saluran Astro Oasis & Maya HD.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda