Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Menggilap kembali pasar karat Rengit

    BATU PAHAT – Terletak kira-kira 45 kilometer dari pekan Batu Pahat, sebuah perkampungan Orang Asli di daerah Rengit adalah syurga membeli-belah kepada peminat barang-barang terpakai.

    Sesiapa sahaja boleh rambang mata sekiranya melalui jalan masuk ke Kampung Bumiputera Dalam ekoran pelbagai barangan daripada bersaiz kecil sehingga sebesar peti sejuk, akan disusun di sepanjang jalan berkenaan bagi membolehkan pengunjung memburu barangan terpakai hanya dengan menerusi tingkap kereta sahaja.

    Beroperasi setiap hari, ‘pasar karat’, yang merujuk pasar tempat menjual barang antik atau barang terpakai, dahulunya sentiasa sibuk menerima kunjungan pembeli sama ada secara kecil-kecilan mahupun borong.

    Sebilangan besar barangan terpakai yang dijual di pasar karat kebanyakannya diimport dari Singapura seperti perabot, barangan elektrik, permainan, alatan kelengkapan rumah, perhiasan rumah dan pakaian terpakai.

    Paling menarik perhatian adalah banyak barangan elektrik berjenama terkemuka menjadi produk utama jualan, selain perabot, barang permainan dan perhiasan rumah, malah ada juga yang menjual pakaian terpakai berkonsepkan ‘bundle’.

    Perniagaan pasar karat Orang Asli ini kian merudum, malah suasana yang dahulunya meriah kini bertukar suram ekoran tempias wabak COVID. – Bernama
    Terletak kira-kira 45 kilometer dari pekan Batu Pahat, sebuah perkampungan Orang Asli di daerah Rengit adalah syurga membeli-belah kepada peminat barang-barang terpakai. – Bernama

    Namun begitu, perniagaan pasar karat Orang Asli ini kian merudum, malah suasana yang dahulunya meriah kini bertukar suram ekoran tempias wabak COVID.

    Menurut seorang peniaga di kawasan berkenaan, Sa’adiah Sarom, 56, dahulu beliau mampu meraih pendapatan sehingga RM3,000 sebulan namun kini untuk mencapai angka itu amat sukar sekali.

    Beliau berkata pengunjung dari luar dan dalam negara semakin berkurangan, berkemungkinan orang ramai mula takut untuk keluar akibat virus itu.

    “Sejak PKP memang susah untuk saya mencari rezeki, orang tak ramai, sekarang kena tunggu sampai sebulan lebih baru dapat pusing modal. Nak buat macam mana,” demikian luahan Sa’adiah kepada Bernama, baru-baru ini.

    Perkara itu turut dipersetujui Muhammad Fridaus Bahari, 31, yang merupakan seorang peniaga di kampung itu dan beliau menyifatkan wabak COVID ibarat peristiwa malang menimpa kampungnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...