Thursday, January 16, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mengharap sinar melalui peluang kedua

    ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HJ DAUD

     

    SETELAH berjaya mendapat tontonan sebanyak 10 juta pada tahun lalu, pihak penerbit A. Aida Production telah bersetuju untuk terus menerbitkan sekuel siri Andainya Takdir ke musim yang kedua.

    Drama arahan Eoon Shuhaini ini tetap mengekalkan Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis sebagai teraju utama.

    Penulis skrip bagi drama ini pula ialah Wan Mahani Wan Hassan. Antara barisan pelakon lain yang turut ditampilkan dalam siri drama ini juga ialah Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Anne Abdullah, Norlie Tamam, Ezzaty Abdullah dan Jumal Yunus.

    Kisah yang bermula apabila Airil yang telah bercerai dengan Fatihah berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri.

    Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun telah bercerai dalam tempoh tiga bulan.

    Andainya Takdir 2 kembali menggandingkan Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis sebagai teraju utama.

    Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi.

    Tapi Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil bila Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleya.

    Bila berjauhan barulah Fatihah terasa betapa sukarnya hidup tanpa Airil dan terpaksa berdikari.

    Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri.

    Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam, bosnya, masalah Aleya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dari Hafiz.

    Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan mencari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea yang mencintainya.

    Hinggalah Fatihah sakit berpunca dari pukulan Airil dulu, Fatihah makin membenci Airil. Namun pengorbanan Airil akhirnya disedari Fatihah.

    Lalu, apakah kesudahan kisah di antara Airil, Fatihah dan anak mereka itu dan untuk mengetahuinya jangan terlepas untuk terus menonton siri drama Andainya Takdir 2 yang disiarkan pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di saluran TV3.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda