Sunday, May 18, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menghayati kehebatan karya tokoh sasterawan Inggeris

    Oleh Lenna N.B.

    TERKENAL sebagai pemuisi yang mampu berbicara melalui keindahan kata-kata, naskhah-naskhah pentasnya menjadi ingatan sepanjang zaman, dan beliau juga seorang pelakon yang amat mencintai dunia seni sastera. Walaupun sudah tidak lagi berpijak di bumi ini 400 tahun yang lalu, namun nama beliau masih hidup sehingga ke hari ini, kerana kehebatan karya-karyanya seperti Hamlet, Macbeth, Julius Caesar, The Tempest, King Lear serta banyak lagi dan yang tersohor, adalah tragedi Romeo dan Juliet.

    Nama penuhnya William Shakespeare, telahpun menulis 34 naskhah pentas merangkumi 10 kisah tragedi,tujuh kisah sejarah dan 17 kisah berunsurkan komedi. Sejumlah 154 puisi Sonnet, membentuk lebih daripada 1,380 karakter, dan antara naskhah beliau telah diterjemahkan mengikut loghat Bahasa Amerika, Jerman, Jepun, Brazil, Nigeria, China, Australia dan banyak lagi.

    Beliau merupakan seorang tokoh sasterawan Inggeris yang naskhah-naskhahnya masih diperkatakan sehingga ke hari ini, malah menjadi rujukan dalam pendidikan Bahasa Inggeris di seluruh dunia.

    Menariknya, Shakespeare lahir dan meninggal dunia pada tarikh dan bulan yang sama, iaitu 23 April. Antara kebetulan atau mungkin kerana Shakespeare adalah seorang tokoh yang hebat, justeru itu sejarah kelahiran dan kepergiannya turut menjadi persoalan yang tidak terjawab. Ketokohan Shakespeare memang tidak dapat disangkal lagi.

    Hari menghargai dan mengenali Shakespeare

    Sempena menghargai sumbangan Shakespeare terhadap sastera Inggeris, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah baru-baru ini telah menganjurkan Hari Shakespeare di Dewan Auditorium Maktab Duli.

    Acara yang berlangsung pada 19 April 2017, turut diserikan dengan kehadiran pelajar-pelajar dari 11 sekolah seluruh daerah, antaranya adalah Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, Sekolah St. George, Pusat Tingkatan Enam Meragang, Sekolah St. Andrews, Sekolah Menengah Chung Hwa, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan sebagainya yang mencatatkan keramaian kira-kira 300 orang pelajar sastera.

    Salah satu tujuan utama Hari Shakespeare ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan pengajian Sastera Inggeris di samping mengetengahkan aktiviti-aktiviti berunsurkan praktikal, sebagai persediaan untuk peperiksaan mereka di masa akan datang, memandangkan perihal ketokohan serta karya-karya Shakespeare telah dimasukkan dalam peperiksaan peringkat O Level, AS Level dan A Level bagi Subjek Kesusasteran Inggeris.

    “Shakespeare adalah tokoh penting dalam perkembangan Kesusasteraan Inggeris. Antara sedar atau tidak, kita hanya dapat memahami indahnya estetika dunia kesusasteraan itu dari karya-karya Shakespeare sendiri. Justeru itu, dengan adanya Hari Shakespeare ini, para pelajar berpeluang untuk memahami lebih jauh tentang beliau, serta idea yang hendak disampaikan sebalik karya-karyanya. Melalui aktiviti ini, pelajar bukan sekadar mengikuti pengajian di dalam kelas, tetapi turut terlibat sama masuk ke dunia Shakespeare dalam memahami kehidupan dan manusia sekitar kita,” jelas Kordinator Acara Hari Shakespeare 2017, Alwin Chong Kai Shiang.

    Tambahnya, secara tidak langsung aktiviti tersebut turut membantu perkembangan diri pelajar dari segi penguasaan Bahasa Inggeris, tampil yakin di hadapan orang ramai terutama ketika beraksi di atas pentas, membuka daya kreativiti melalui pameran-pameran serta pementasan dan sebagainya.

    Turut menarik di Hari Shakespeare tersebut adalah apabila pelajar-pelajar turut mengenakan berpakaian seperti zaman Shakespeare dahulu kala, seakan-akan membawa pengunjungnya masuk bersama ke dunia Shakespeare.

    Pelajar-pelajar dari Sekolah St. Andrew’s mengunjungi salah sebuah kotak pameran Shakespeare iaitu ikut serta dalam aktiviti teka-teki.
    Pelajar-pelajar dari Sekolah St. Andrew’s mengunjungi salah sebuah kotak pameran Shakespeare iaitu ikut serta dalam aktiviti teka-teki.
    Alwin Chong Kai Shiang, Kordinator acara Hari Shakespeare 2017 ketika ditemuramah Media Permata baru-baru ini.
    Alwin Chong Kai Shiang, Kordinator acara Hari Shakespeare 2017 ketika ditemuramah Media Permata baru-baru ini.
    Berpakaian seakan dalam karakter yang dicipta oleh Shakespeare.
    Berpakaian seakan dalam karakter yang dicipta oleh Shakespeare.
    Pameran tiga dimensi pentas teater Globe.
    Pameran tiga dimensi pentas teater Globe.
    Wajah serta sejarah kehidupan Shakespeare turut ditampilkan dalam pameran.
    Wajah serta sejarah kehidupan Shakespeare turut ditampilkan dalam pameran.

    Dayang Suriyzah dan Awang As Syafiq bersama lakaran dewan teater Globe, lokasi pementasan naskhah drama Shakespeare.
    Dayang Suriyzah dan Awang As Syafiq bersama lakaran dewan teater Globe, lokasi pementasan naskhah drama Shakespeare.
    Salah sebuah puisi Sonnet, karya Shakespeare.
    Salah sebuah puisi Sonnet, karya Shakespeare.
    Pelajar-pelajar Pusat Tingkatan Enam Meragang yang ikut serta menyerikan Hari Shakespeare di Maktab Duli.
    Pelajar-pelajar Pusat Tingkatan Enam Meragang yang ikut serta menyerikan Hari Shakespeare di Maktab Duli.

    Variasi pameran Shakespeare

    Kira-kira sejumlah lapan kotak pameran ditampilkan di Dewan Auditorium Maktab Duli yang menyentuh mengenai pelbagai aspek tentang Shakespeare. Salah satu pameran yang menarik adalah lakonan pendek yang dipetik daripada sebuah babak dalam naskhah Shakespeare.

    Naskhah Shakespeare secara umumnya mengetengahkan tiga genre kesusastera-an yang utama, iaitu Sejarah, Komedi dan Tragedi. Melalui pameran ini, pelajar-pelajar berpeluang untuk menyaksikan antara babak yang menarik dalam naskhah-naskhah tersebut, yang dilakonkan sendiri oleh pelajar-pelajar Maktab Duli.

    Manakala, pameran yang lainnya pula adalah berkenaan dengan Sejarah serta latar Shakespeare dalam dunia kesusasteraan Inggeris, puisi-puisi Sonnet Shakespeare iaitu bait-bait puisi yang mengandungi 14 baris dipenuhi dengan kata-kata puitis Shakespeare, kotak pameran makanan zaman kehidupan Shakespeare yang dikenali juga sebagai makanan zaman Elizabeth, pameran visual tiga dimensi pentas teater Globe menjadi lokasi utama pementasan naskhah drama Shakespeare pada ketika hayatnya, dan banyak lagi yang menarik berkaitan dengan Shakespeare.

    “Shakespeare telah membentuk dunia kesusasteraan. Beliau seorang yang sangat bijak dan berbakat. Setiap kata yang diungkapkan dalam puisinya indah, setiap naskhah drama menyentuh hati, dan dia juga mencipta ayat peribahasa yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Belajar sastera tanpa mengenal beliau memang satu kerugian,” ucap Dayang Suriyzah dan Awang As Syafiq, dua antara pelajar Maktab Duli yang mengambil subjek Kesusasteraan Inggeris yang turut terlibat sama dalam menjayakan pameran di Hari Shakespeare.

    Naskhah Shakespeare dipentaskan semula

    Kemuncak acara adalah pementasan semula naskhah Shakespeare yang di-bawakan dari variasi sekolah-sekolah yang terlibat. Mereka memilih antara naskhah-naskhah terkenal beliau, kemudian mementaskannya di hadapan hadirin terdiri daripada guru-guru dan pelajar. Di samping itu, pertandingan membaca puisi turut diadakan di pentas dewan auditorium yang turut disertai oleh pelajar-pelajar dari 11 sekolah yang terlibat.

    Melalui acara sebegini bukan sahaja mendorong aktiviti yang sihat di kalangan pelajar tetapi juga membentuk bakat-bakat mereka yang terpendam di atas pentas dengan menggunakan naskhah Shakespeare sebagai batu loncatan.

    “Tidak mustahil, melalui acara-acara sebegini, lahirlah anak tempatan kita sehebat Shakespeare atau mungkin lebih baik lagi. Mereka boleh menjadi generasi baru Shakespeare,” ucap Alwin di hujung temuramah.

    “Ramai yang tahu Romeo dan Juliet, tapi mungkin tidak ramai yang tahu ketokohan Shakespeare dalam dunia kesusasteraan. Oleh itu, hari ini kami ingin memperkenalkan siapa beliau sebenarnya..,” ujar salah seorang pelajar yang terlibat sama dalam menjayakan Hari Shakespeare.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/