Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Menghidupkan malam Nisfu Syaaban

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Bagi menghidupkan bulan Syaaban, yang merupakan antara bulan Islam yang agung, Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Khas sempena Nisfu Syaaban tahun 1443 Hijrah telah diadakan di masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di sini, hari ini.

    Hadir selaku tetamu khas di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohd Rosli bin Haji Ibrahim.

    Turut hadir ialah para pengarah, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari KHEU serta jemaah masjid.

    Acara tersebut diisi dengan bacaan Surah Yasin sebanyak tiga kali selepas sembahyang fardu Maghrib, dengan memohon kepada Allah SWT agar dipanjangkan umur dengan beramal ibadat kepadaNya, dan memohon agar dijauhkan daripada bala bencana serta agar dimurahkan rezeki yang halal lagi bermanfaat.

    Haji Mohd Rosli hadir selaku tetamu kehormat bagi acara sembahyang fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, membaca Surah Yasin dan Doa Khas sempena Nisfu Syaaban tahun 1443 Hijrah di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, kelmarin. Majlis diadakan bagi menghidupkan bulan Syaaban yang merupakan antara bulan Islam yang agung.- Gambar oleh Muiz Matdani
    Haji Mohd Rosli hadir selaku tetamu kehormat pada acara sempena Nisfu Syaaban.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...