Menghubungkan seni dengan isu perubahan cuaca

MADRID – “Malam ini kita tidak akan tidur,” kata Paula Rubio, aktivis berusia 23 tahun dan telah menghabiskan masa selama dua minggu bagi menghasilkan arca ikan paus yang besar dan telah membuat percikan air pada Jumaat lepas.

Dia bersama rakan-rakannya berjuang dengan mengumpul kayu dan cuba menyelesaikan masalah bagaimana untuk membuat tengkorak ikan tersebut di mana apabila selesai, ia akan berukuran sepanjang 23 kaki.

“Orang ramai di kawasan lereng kedai mempunyai kuasa untuk merubah sesuatu,” kata Paula kepada media. “Jika anda berjaya menarik perhatian orang ramai, lebih banyak orang akan terlibat dan ak-hirnya, ahli politik akan membuat sesuatu mengenainya,” tambahnya kepada media.

Itulah harapan aktivis yang bekerja keras di dalam bangunan besar di pusat bandar raya Madrid, di mana ada yang memukul, melukis dan menjahit karya seni itu yang telah dibawa berarak bersempena sidang kemuncak iklim COP25.

“Kami mengkritik apa yang mereka lakukan dalam sidang kemuncak (COP25), di mana syarikat besar ada kalanya bercakap kosong, tidak melakukan apa-apa dan malah mencemarkan,” kata Rubio, seorang artis tatu dari Madrid. Perkara tidak akan berubah dalam satu malam, tetapi itu tidak menghalangnya melakukan sesuatu. “Kami akan meninggalkan kesan dan itu adalah penting,” tambahnya kepada media.

Aktivis bekerja keras di dalam bangunan besar di pusat bandar raya Madrid, di mana ada yang memukul, melukis dan menjahit karya seni yang telah dibawa berarak bersempena sidang kemuncak iklim COP25. – AFP

Di koridor tersebut, sekumpulan artis sedang melukis Sebastian Pinera, yang telah menjadi tuan rumah pada sidang kemuncak PBB tetapi terpaksa ditarik keluar setelah negara itu terjebak oleh keadaan sosial yang masih bergolak.

Setiap satu mengambil masa selama tiga hari untuk dibuat dan aktivis Chile turut membuat tiga lagi bagi memastikan krisis yang mencengkam negara mereka itu tidak akan terus dilupakan.

“Kami mahu Chile berada dalam perarakan ini. Segalanya berlaku di situ dan ia seakan-akan membunuh orang,” kata Francisa Chacon, 25 tahun yang merujuk kepada 23 orang yang terbunuh dalam minggu pergolakan sosial.

Krisis itu berhubung kait dengan perubahan iklim, katanya, sambil merujuk kepada fakta bahawa air ‘privatised’, di mana air banyak disedut untuk digunakan oleh petani bagi keperluan ladang dan buah avokado mereka sebagaimana permintaan dunia semakin tinggi. Di dalam sebuah bilik, artis seni Amerika berusia 39 tahun, Angeline Pittenger, mengetuai bengkel, ‘Plastic Jellyfish’ dan bekerjasama dengan sekumpulan sukarelawan bagi membuat 30 model cahaya dari bubblewrap, belon dan juga sisa plastik.

“Saya terlibat dengan keadilan sosial yang terlalu awal dan permutasi terkini terhadap perubahan iklim kerana ia berkaitan dengan segala-galanya,” kata Pittenger, yang bekerja pada sidang kemuncak COP ketiga dan mereka turut membawa mesej feminis yang kuat.

Menjelang waktu malam, satu lagi pasukan bekerja keras dengan menyiapkan pelbagai jenis seni – memotong kecil-kecil sayur-sayuran bagi memberi makan sekitar 80 orang yang bekerja pada waktu malam.

“Kami mahu datang ke Madrid dan fikir ia amat bagus untuk memasak di sini, tetapi saya tidak mempunyai pengalaman untuk memasak,” kata Annis Farber, 18 tahun yang berasal dari Switzerland dengan bersama kumpulan yang dikenali sebagai The Kitchen Collective.

“Kami hanya mahu memasak sayuran, makanan organik dan cuba menghindari sisa lebihan,” katanya.

“Pada mulanya, kami membuat sup, kemudian membuat burger di luar dan kini, kami menanam lada dengan lentil,” tambahnya.

Cef sukarela, Tiziano De Luca, berkata bahawa mereka memasak kira-kira 2,000 hidangan setiap kali musim perarakan. “Orang ramai datang ke sini dari seluruh dunia bagi melakukan perkara yang memberikan faedah kepada kita bersama,” kata De Luca, yang sedang mengkaji falsafah dan linguistik. “Ia sesuatu yang sangat bagus dan ia memperkuat lagi perpaduan,” jelasnya. – AFP