RAMAI antara kita menghadapi kesukaran mengingat nama orang lain. Kita mengecam wajahnya dan mahu menegurnya, namun kita lupa namanya. Berikut adalah beberapa tip bagi mengingat nama orang:
1-Bersedia
Selepas bertanyakan nama orang itu, cergaskan minda kita bagi mendengar dengan teliti. Tumpukan kepada tuturnya apabila orang itu menyebut namanya.
2-Ulang beberapa kali
Jangan segan meminta orang itu menyebut semula namanya “Saya minta maaf. Apa nama tuan/puan sekali lagi?” Kita boleh juga mengulangnya bagi memastikan sebutan kita itu betul. Lebih kerap kita menyebutnya, lebih besar kemungkinan kita mengingatnya.
3-Tulis
Cara ini juga berguna. Sebaik sahaja kita mengenali orang baru, dan mendapat tahu namanya, tuliskan namanya. Sekiranya kita tidak tahu mengejanya, kita gunakan sistem fonetik (contohnya seperti ejaan Bahasa Melayu), bagi memudahkan kita menyebutnya. Menulis nama orang membantu kita mengingatnya. Namun, jangan laukannya secara terang-terang di hadapan orang itu. Ia mudah ditulis ketika masyuarat sedang berjalan.
4-Gunakan nama orang itu apabila bercakap dengan mereka
“Terima kasih Peter. Kamu sudah banyak membantu saya.” Jangan pula terlalu kerap menyebut nama orang itu apabila bercakap dengannya.
5-Bersikap realistik
Apabila kita mula bekerja di organisasi yang baru, kita mungkin menghadapi kesukaran mengingati nama setiap orang. Mungkin lebih realistik sekiranya kita menghafal nama satu orang baru setiap hari.
6-Kaitkan sesuatu ciri dengan imej tertentu
Sekiranya Fairuz itu, berbadan kurus, kita kaitkan Fairuz dengan kurus. Seorang rakan, Daniel, bertanggungjawab menampal poster bagi projek kumpulan anda, anda ingat beliau sebagai Daniel dengan perkembangan gam. Kita boleh juga kaitkan seseorang dengan stail rambut, hidung, gigi, senyuman, bulu kening ataupun pipi orang itu. Seorang kenalan bernama Rahmat, suka membuat sahabat-sahabatnya ketawa terbahak-bahak. Anda mengingatnya sebagai Rahmay dengan gamat.
7-Cari lokasi nama dan orang
Fikirkan di mana kita menemui orang itu buat pertama kali. Ini membantu kita pada masa lain, apabila mengenali wajahnya tetapi lupa namanya. Tempat di mana kita akan menemuinya, tidak sama dengan tempat di mana kita mula-mula menemuinya sebelum itu. Oleh itu, kita mungkin memikirkan tentang Amy, yang kita pernah temui di pusat membeli-belah The Mall, ataupun Sarah yang kita berkenalan ketika di ruang menunggu di ICC.
8-Letak nama mengikut turutan
Letak nama mengikut abjad dalam minda kita. Sekiranya Arfah, Jackie, dan Norman duduk sebaris ketika penyampaian anda, anda akan letakkan nama-nama mereka mengikut turutan yang sama.
Fikirkan sejenak
Cuba kaji nama keluarga rakan sekerja di tempat anda bekerja. Pecahkan nama itu mengikut suku kata dan kaitkan suku kata tertentu dengan objek biasa. Misalnya Hutchinson, fikirkan hutch (melambangkan sangkar arnab), Robinson dengan membayangkan seekor burung robin, Stocklin dengan memikirkan stoking, dan juga White dengan membayangkan nama itu.