ORLANDO, 30 OKT – Seorang wanita mengandung Florida tidak menghalang sakit hendak bersalinnya daripada membuang undi dalam pilihan raya presiden, enggan mengunjungi hospital sehingga dia selesai mengisi kertas undinya.
Pegawai dengan Penyelia Pilihan Raya Daerah Orange berkata wanita itu telah pun rasa sakit hendak bersalin apabila dia tiba di stesen undi bersama suaminya pada petang Selasa, lapor saluran media.
Pekerja pilihan raya Karen Bribeno Gonzalez berkata suaminya meminta kertas undi untuk isterinya dan kemudian memberitahu kakitangan bahawa dia berada dalam kereta, mengalami sakit dan enggan pergi ke hospital sehingga dia selesai mengundi.
Briceno Gonzalez berkata dia bergegas keluar untuk memberikan wanita itu kertas undinya dan memeriksa kad pengenalannya. Kakitangan itu menyangka dia akan mengisinya kemudian, tetapi sementara melakukan senaman pernafasan, wanita itu mengisi kertas undi di sana juga. – AP