Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Mengundi untuk capai matlamat iklim

    BERLIN, 26 MAC – Penduduk Berlin hari ini mengundi untuk memutuskan cadangan yang akan memaksa kerajaan bandar untuk secara drastik meningkatkan matlamat iklim ibu kota Jerman itu.

    Referendum itu menyeru agar Berlin menjadi neutral iklim menjelang 2030.

    Sasaran ini bermakna dalam masa kurang daripada lapan tahun, bandar itu tidak lagi dibenarkan membuat langkah yang menyumbang kepada pemanasan global.

    Undang-undang sedia ada menetapkan tarikh akhir untuk mencapai matlamat itu pada 2045, yang juga merupakan sasaran kebangsaan Jerman.

    Kesatuan Demokratik Kristian yang berhaluan tengah, yang memenangi pilihan raya tempatan baru-baru ini di ibu negara dan berkemungkinan mengetuai kerajaan baharunya, menentang sasaran awal tetapi akan terikat untuk melaksanakannya jika pungutan suara itu lulus.

    Walaupun tinjauan menunjukkan penduduk Berlin hampir memihak kepada cadangan itu, tetapi semangat penduduk telah diredam kelmarin di mana pada perhimpunan dan konsert di Brandenburg Gate di bandar itu menarik sedikit pengunjung berbanding 35,000 yang diharapkan oleh penganjur.

    Pungutan suara itu memerlukan sokongan daripada warga dan penduduk Berlin sekurang-kurangnya 25 peratus daripada 2.4 juta pengundi yang layak di bandar itu untuk lulus. – AP

    Poster bertulis: ‘Referendum 26 Mac Berlin 2030 Iklim Neutral’ dipapar di sepanjang jalan di Berlin, Khamis, 23 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...