Menikmati ketenangan Tasik Lucerne

SWITZERLAND – Dengan keadaan angin yang sangat sejuk dan melalui kawasan-kawasan pergunungan seperti pergerakan seorang pemain ski yang melulu menuruni kawasan pergunungan salji membuatkan Switzerland dikenali sebagai sebuah negara yang sangat sejuk dengan pemandangan gunung-gunung sajli yang indah dan mempesonakan.

Lazimnya, sukan dan permainan ski merupakan aktiviti utama setiap kali datangnya musim sejuk namun menaiki feri dan menelusuri kawasan tasik juga boleh menjadi satu tarikan baru buat para pelancong walaupun berada di musim sejuk.

Untuk menuju ke tasik ini memang mudah iaitu dengan hanya satu jam perjalanan dengan menggunakan kereta api selatan Zurich malah bandar ini dikenali sebagai sebuah bandar yang padat dengan keindahan infrastruktur lama yang memelihara khazanah abad pertengahan yang sangat berharga disebabkan oleh sejarahnya.

Lucerne tersenarai sebagai sebuah wilayah yang terbaik dan terindah di atas 50 di dunia untuk destinasi pelancongan baru bagi tahun 2017.

Lucerne turut menawarkan ketenangan dan keharmonian bagi anda yang sering tertekan dengan pelbagai masalah dan urusan kerja serta peribadi.

Menaiki feri dan menelusuri kawasan tasik telah menjadi satu tarikan baru buat para pelancong walaupun berada di musim sejuk. – AP
Menaiki feri dan menelusuri kawasan tasik telah menjadi satu tarikan baru buat para pelancong walaupun berada di musim sejuk. – AP
Lucerne tersenarai sebagai sebuah wilayah yang terbaik dan terindah di atas 50 di dunia untuk destinasi pelancongan baru bagi tahun 2017. – AP
Lucerne tersenarai sebagai sebuah wilayah yang terbaik dan terindah di atas 50 di dunia untuk destinasi pelancongan baru bagi tahun 2017. – AP

Anda berpeluang untuk meneroka wilayah ini yang dipenuhi dengan infrastruktur seni purba yang sangat menakjubkan. Berbalik semula kepada tasik Lucerne, bandar ini turut menawarkan pakej istimewa makan tengahari sambil meneroka ketenangan tasik ini.

Sebuah feri yang berusia 113 tahun akan digunakan bagi mengukuhkan lagi status Lucerne sebagai sebuah bandar raya purba yang penuh dengan khazanah sejarah.

Khazanah yang dipelihara

Walaupun sedikit menyerupai sebuah kapal yang lazimnya digunakan di Mississippi, Steamboat Ferry namun feri purba yang dimaksudkan di Lucerne lebih mewah dan istimewa.

Orang ramai juga berpeluang untuk meneroka feri berkenaan yang berusia 113 tahun yang masih kelihatan baik dan sempurna. Roda merah masih berfungsi dengan baik dan mampu membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa masalah. Manakala di tingkat atas, para penumpang akan dihidangkan dengan pelbagai hidangan hebat sambil menikmati keindahan tasik Lucerne.

Pelayaran yang mengambil masa selama dua jam itu memang sesuatu yang sentiasa dinanti-nanti oleh kebanyakan kaki melancong. Sebelum ini tasik Lucerne dikenali sebagai Tasik Beku dan telah ditukar pada tahun 1963.

Pada Januari 2016, syarikat pesiaran tasik tersebut, menawarkan tiga jenis hidangan tengahari yang hebat dan sungguh menyelerakan.

Lazimnya setiap kali datangnya musim sejuk, kabus akan sering menguasai tasik tersebut dan membuatkan tasik tersebut sangat sejuk malah akan kelihatan lebih romantik serta menimbulkan satu suasana ketenangan yang sangat indah.

Sambil menelesuri kawasan tasik, para penumpang akan diserikan lagi dengan pemandangan hijau bukit-bukau yang ada di kiri dan kanan lembah tersebut.

Tidak kira sama ada anda menggunakan feri untuk makan atau melancong, Lucerne tetap menjanjikan satu keindahan Alps yang sangat menakjubkan. – AP