Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meningkatkan memori kita

    (SIRI SATU)

    RAMAI antara kita berhadapan dengan masalah mengingat perkara yang kita perlu lakukan, orang yang kita perlu hubungi, perkara-perkara yang kita mahu masukkan dalam perbualan, ataupun nombor-nombor dan tarikh-tarikh yang penting.

    Bab ini memeriksa secara teliti beberapa teknik yang dapat membantu kita mempertingkatkan memori kita bagi mengingati perkara-perkara seperti itu.

    Apabila kita membaca pelbagai kaedah ini, kita pasti mendapati terdapat teknik yang berguna bagi kita. Terpulang kepada kita memilih yang sesuai.

    Mencergaskan semula memori kita

    Kita semua menghadapi kesukaran mengingati perkara-perkara tertentu. Ada masanya kita terlupa nama orang, wajah, nombor, butir-butir utama dalam ceramah ataupun barang-barang yang kita perlu beli di pasar raya.

    Pilih sesuatu yang bermakna bagi diri dan pengalaman hidup kita.
    Pilih sesuatu yang bermakna bagi diri dan pengalaman hidup kita.
    Hubungkan apa yang kita cuba ingat dengan sesuatu yang kita tahu.
    Hubungkan apa yang kita cuba ingat dengan sesuatu yang kita tahu.

    Apabila semakin lanjut usia kita, kesukaran itu semakin bertambah. Maka, bagaimanakah caranya mempertingkatkan lagi memori kita?

    Berikut adalah beberapa langkah utama yang dapat membantu kita:

    i. Wujudkan hubung kait. Dalam minda kita, hubungkan apa yang kita cuba ingat dengan sesuatu yang kita tahu.

    ii. Berikannya ciri-ciri tersendiri. Pilih sesuatu yang ganjil, luar biasa ataupun yang sengaja ditambah-tambah bagi membantu kita menghubung kait kedua-dua perkara. Fikirkan berkenaan lukisan-lukisan surreal (di luar alam nyata) seperti lukisan Slavador Dali. Ambil sikap imaginatif dan kreatif.

    iii. Bersikap spesifik. Pilih sesuatu yang khusus dan tidak umum.

    iv. Jadikannya sebahagian diri kita. Pilih sesuatu yang bermakna bagi diri dan pengalaman hidup kita.

    Pilihan kita itu perlu sesuai bagi diri kita dan pengalaman hidup kita. Pilihan kita itu perlu sesuai bagi diri kita dan tidak semestinya orang lain.

    v. Lambang yang jelas dan keta-ra. Pilih warna, misalnya merah bagi ‘berhenti’, hijau bagi ‘jalan’, dan simbol-simbol seperti v bagi ‘ya’ dan X bagi ‘tidak’.

    vi. Imej visual yang menonjol. Pilih imej yang konkrit dan tidak abstrak, yang tiga ataupun dua dimensi. Memilih imej yang positif dan menarik, lebih berkesan daripada memilih yang negatif ataupun tidak menarik.

    vii. Gunakan rima. Menurut Martin Manser dalam bukunya ‘Mindpower Secrets’, ketika beliau mula-mula mempelajari bahasa Jerman, guru beliau mengajar mereka puisi berirama.

    Ambil sikap imaginatif dan kreatif.
    Ambil sikap imaginatif dan kreatif.
    Letak dalam kumpulan. Masukkan item-item yang perlu kita ingati dalam kategori. Sekiranya kita perlu mengingati beberapa item yang kita mahu beli di pasar raya, sebagai contoh, masukkan dalam kategori seperti buah-buahan, daging, kelengkapan dandanan diri dan sebagainya.
    Letak dalam kumpulan. Masukkan item-item yang perlu kita ingati dalam kategori. Sekiranya kita perlu mengingati beberapa item yang kita mahu beli di pasar raya, sebagai contoh, masukkan dalam kategori seperti buah-buahan, daging, kelengkapan dandanan diri dan sebagainya.

    Ini memudahkan mereka mengingati awal perkataan yang tidak boleh dipisahkan daripada kata kerja utama. Beliau masih ingat rima itu walaupun selepas 40 tahun kemudian.

    ix. Gunakan akronim. Bentukkan perkataan daripada huruf pertama beberapa perkataan (akronim) yang perlu kita ingat.

    x. Letak dalam kumpulan. Masukkan item-item yang perlu kita ingati dalam kategori. Sekiranya kita perlu mengingati beberapa item yang kita mahu beli di pasar raya, sebagai contoh, masukkan dalam kategori seperti buah-buahan, daging, kelengkapan dandanan diri dan sebagainya.

    Hubungkan perkara yang kita mahu ingat dengan sesuatu yang biasa dalam hidup kita.

    Fikirkan sejenak

    Andaikan kita mahu mengingati nama seorang wanita bernama Marina.

    Ketika kita menemuinya, dia memakai baju kemeja-T berwarna kuning.

    Dalam minda kita, kita kaitkan Marina dengan objek berwarna kuning, sesuatu yang kita sudah biasa dan mudah bayangkan. Contohnya bunga matahari.

    Kita gunakan hubungan visual bagi mencetuskan memori itu sehingga berjaya mengingati nama Marina.

    Pada minggu hadapan kita akan cuba merungkai bagaimana untuk meningkatkan memori kita dari segi penggunaan Mnemonik dan Sistem Link.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda