Meningkatkan standard literasi dan numerasi dalam pendidikan negara

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Salawati Haji Yahya

 

BIDANG pendidikan di negara ini memainkan peranan penting dalam sama-sama mencapai hasrat Wawasan 2035 agar negara Brunei dapat melahirkan rakyat negara yang berpendidikan, berkemahiran dan berpencapaian tinggi dan dikenali sebagai sebuah negara yang dikenali di seluruh dunia.

Sehubungan dengan itu, baru-baru ini Kementerian Pendidikan akan mula melaksanakan Program Bimbingan Literasi dan Numerasi pada awal Januari 2017 bagi sekolah rendah dan menengah terpilih dalam usaha yang berterusan untuk meningkatkan standard literasi dan numerasi terutama dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Dengan adanya program terbaru ini, ia akan dapat melatih guru-guru pembimbing tempatan menjadi guru pakar dalam subjek Inggeris dan Matematik sebanyak dan secepat yang mungkin, dengan tahun pertama pelaksanaannya sejumlah 596 rakan pembelajaran dari 149 sekolah rendah dan menengah akan terlibat dalam program ini.

Tujuan program

Program ini bertujuan untuk melatih guru-guru pembimbing meneruskan kerja-kerja pembimbing dari luar negara, dengan sasaran 80 orang guru-guru pembimbing tempatan yang berkelayakan tinggi dan bertauliah menjadi pembimbing tempatan menjelang tahun 2017, bagi memastikan program itu terus mapan.

Program ini bertujuan untuk melatih guru-guru pembimbing meneruskan kerja-kerja pembimbing dari luar negara, dengan sasaran 80 orang guru-guru pembimbing tempatan yang berkelayakan tinggi dan bertauliah menjadi pembimbing tempatan menjelang tahun 2017
Program ini bertujuan untuk melatih guru-guru pembimbing meneruskan kerja-kerja pembimbing dari luar negara, dengan sasaran 80 orang guru-guru pembimbing tempatan yang berkelayakan tinggi dan bertauliah menjadi pembimbing tempatan menjelang tahun 2017

Program ini juga memastikan visi ‘Checkpoints’ dan ‘Seven Grand Initiatives’ Kementerian Pendidikan tercapai, yang mana program ini juga mendapat sokongan pelaksanaan SPN21 yang antaranya menyasarkan pencapaian lebih baik dalam Bahasa Inggeris, meningkatkan pencapaian dalam subjek Matematik dan Sains.

Program ini dihasratkan dapat meningkatkan dan mengukuhkan subjek Bahasa Melayu dan serta menambah peratusan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi.

Program Bimbingan Literasi dan Numerasi

Semua sekolah yang terlibat akan mendapat sekurang-kurangnya satu sokongan dalam seminggu, manakala yang lainnya akan mendapat dua atau tiga hari dalam seminggu. Di bawah program ini, 72 buah sekolah akan dikategorikan sebagai Sekolah ‘Grow’ yang dihasratkan dapat berkembang dengan cepat untuk berkongsi amalan baik dengan sekolah-sekolah lain manakala Sekolah ‘Accelerated Grow’ pula merupakan sekolah yang mempunyai keputusan di bawah jangkaan.

Manakala itu pembimbing asing akan memberikan bimbingan lebih tiga tahun pada tahun pertama yang akan menumpukan kepada tiga bidang utama iaitu meningkatkan standard literasi dan numerasi bagi murid Tahun 1 dan 2, menyediakan murid Tahun 5 dan 6 ke arah Penilaian Sijil Rendah (PSR) dan yang ketiganya mempersiapkan murid Tahun 8,9 dan 10 untuk Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2018.

Pada akhir program itu, satu perkembangan mapan dalam literasi dan numerasi akan memperkasa sistem pendidikan, yang mana pada akhir program itu kelak, pembangunan manusia dan keupayaan organisasi pada semua peringkat sistem serta budaya yang kukuh dan menyokong struktur prestasi tinggi pelajar.

Sementara di sekolah, semua pelajar bertanggungjawab dan setiap kanak-kanak mesti diberikan peluang seimbang untuk memaksimumkan potensi mereka.

Kerjasama di bahagian kementerian ini merupakan salah satu elemen utama ke arah kejayaan pelaksanaan dan keberkesanan program dan percaya usaha bersama bagi memastikan kejayaan terhadap program bimbingan literasi dan numerasi yang mana semua inisiatif dalam pengajaran dan pembelajaran mestilah selaras.

Manakala itu, komuniti sekolah termasuk ibu bapa dan penjaga diharap untuk memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terhadap program ini yang mana mereka boleh membantu anak-anak mereka di rumah, ujarnya.

Fasa Program Bimbingan Literasi dan Numerasi

Program ini mempunyai dua fasa iaitu Fasa Permulaan dan Fasa Penyampaian.

Fasa Permulaan telahpun bermula pada September 2016 hingga Disember 2016 yang mengandungi fasa reka bentuk pembinaan utama di mana setiap perincian keseluruhan program direka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan EDT.

Fasa ini menempatkan lima pembimbing antarabangsa (ICs) di 25 buah sekolah rendah untuk membantu guru-guru Tahun 6 membuat persediaan PSR termasuk menjalankan penyelidikan bagi mengukuhkan dan mengembangkan bidang pengajaran literasi dan numerasi.

Semasa Fasa Permulaan, kementerian juga bekerjasama rapat dengan EDT dengan menubuhkan lima aliran kerja yang antaranya pengambilan aliran kerja, strategi dan penempatan, perancangan aliran pihak berkepentingan dan lainnya.

Pada 24 November, seramai 60 orang calon telah diterima untuk menyertai program ini dengan 28 orang pembimbing numerasi untuk 11 buah sekolah rendah dan 17 buah sekolah menengah. Manakala 27 orang pembimbing literasi akan melatih 13 buah sekolah rendah dan 14 buah sekolah menengah manakala lima lagi pembimbing boleh melatih seluruh program numerasi dan literasi.

Dalam aliran kerja pula, kumpulan telah membangunkan perancangan penempatan untuk Tahun 1 selain Pelan Tindakan Strategik Tiga Tahun yang bakal memberi kesan terhadap objektif tertentu untuk mencapai Wawasan Brunei 2035, inisiatif dan Pelan Strategi Kementerian Pendidikan.

Fokus bagi model pembimbing aliran kerja terhadap pembangunan program bimbingan diselaraskan dengan rangka kerja standard guru-guru Brunei.

Sehubungan itu, bagi memastikan penyampaian program bimbingan ini memberi kesan yang ketara, metodologi kejurulatihan, kejayaan bimbingan semasa, Program Partnership Learning (CLP) di Brunei dan bimbingan dalam amalan terbaik antarabangsa akan dibina.

Untuk memastikan kemapanan projek, salah satu bahagian pentingnya adalah untuk mengembangkan keupayaan kumpulan pihak berkepentingan yang berbeza dari semasa ke semasa dan mengembangkan kepakaran di seluruh sistem.

Harapan

Menjelang Jun 2019, Negara Brunei Darussalam diharap dapat mencapai matlamat untuk menghasilkan 80 orang pakar tempatan yang disahkan untuk meneruskan Program Bimbingan Literasi dan Numerasi selain melahirkan guru-guru Bahasa Inggeris dan Matematik yang berkualiti tinggi bagi meningkatkan keputusan peperiksaan awam seperti PSR, GCE ‘O’ level dan LNS.