Menipu: Wanita warga Indonesia dipenjara lebih 5 tahun dan denda

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Seorang wanita warga Indonesia hari ini telah dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun, satu bulan dan dua minggu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan penipuan berkaitan dengan emas bernilai lebih $100,000 dan wang berjumlah lebih $60,000 daripada mangsa.

Mahkamah turut me-ngarahkan tertuduh untuk membayar ganti rugi seba-nyak $116,668.06 dan melangsaikan denda berjumlah $500 dan $800 atas cubaan membeli loteri serta caj imigresen yang mana tertuduh tidak dapat melunaskannya menyebabkan penambahan masa hukuman pemenjaraannya tersebut.

Pihak pendakwa telah menghadapkan 17 pertuduhan pada minggu lalu ter-hadap Susanti binti Joko, 45, kerana cuba membeli tiket loteri pada 4 Julai di sebuah bangunan di Kampung Bengkurong, tinggal melebihi tempoh dari September 2019 hingga 29 Jun 2020, dan melakukan penipuan terhadap individu dengan membuat mereka percaya bahawa defendan boleh melaburkan emas dan wang mereka dalam skim pelaburan emas.

Timbalan Pendakwa Raya Muhd Qamarul Affyian bin Abdul Rahman men-dedahkan di mahkamah bahawa defendan tidak dapat dikesan oleh mangsa yang kemudiannya membuat laporan polis. Sehingga 4 Julai 2020, tertuduh ditangkap kerana cubaan membeli tiket loteri bersama bukti di tempat kejadian.

Tertuduh juga tidak dapat mengemukakan dokumen perjalanannya. Siasatan kemudian turut mendapati semua kesalahan yang telah dilakukannya.

Mesej yang kuat perlu disampaikan kepada orang ramai bahawa perkara seperti ini tidak boleh ditoleransi agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan individu yang berfikiran sama dengannya supaya tidak melakukan kesalahan yang seperti itu lagi, jelas Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid.