Meniru semasa peperiksaan guna selipar Bluetooth

NEW DELHI, 27 SEPT – Seramai 10 orang diberkas di India kerana cuba meniru dalam peperiksaan perguruan yang sengit, menggunakan peralatan Bluetooth yang disembunyikan dalam selipar mereka, kata polis.

Gambar kombo menunjukkan peranti Bluetooth (kiri) dalam selipar dan selipar yang digunakan untuk menyembunyikan peranti itu di Ajmer. Seramai 10 orang diberkas di India kerana cuba menipu dalam peperiksaan kompetitif menggunakan peralatan itu. – AFP

(Klik di sini untuk berita lanjut)