Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menjadi penghuni penjara gara-gara pecah amanah

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Seorang kerani di Bahagian Kewangan, Unit Akaun dan Gaji, Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait yang mengaku bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang $46,396 dijatuhi hukuman setahun dan enam bulan penjara oleh Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini.

    Matnor bin Haji Pahweh yang bekerja selama 23 tahun di jabatan itu sejak Januari 1989 hingga kesalahannya, didakwa melakukan pecah amanah dalam beberapa kejadian berasingan antara Disember 2011 hingga Ogos 2012.

    Perbuatan tertuduh menggelapkan wang jabatan diketahui apabila unit berkenaan mendapati rekod kewangan tidak selaras dan sejumlah wang tidak pernah dimasukkan ke dalam bank pada Ogos 2012 oleh tertuduh.

    Tugas tertuduh antara lain mengumpul buku-buku kecil baru dari Jabatan Perbendaharaan untuk dikeluarkan pada ketua atendan TOL, yang akan mengagihkannya kepada setiap kumpulan yang bertugas secara syif. Buku kecil itu mengandungi nilai kupon yang berbeza dari $1 hingga $20, mengikut kategori kenderaan. Selepas mengumpulkan hasil TOL harian daripada ketua atendan, tertuduh sepatutnya merekodkannya dalam buku wang tunai namun gagal untuk berbuat demikian. Timbalan Pendakwa Raya, Yvonne Lim memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh hanya membayar balik $3,371 daripada jumlah yang digelapkan selepas siasatan dalaman dijalankan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda