Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Menjalani hari-hari akhir di rumah kebajikan

    Gambar AP

    PHILADELPHIA – Alex Morisey terpaksa menunda niatnya untuk membeli seluar baharu menggantikan seluar khakisnya yang lusuh.

    Kini, di pertengahan bulan, perbelanjaan hanya cukup makan bahkan untuk membeli Pepsi Diet juga adalah suatu hal yang sukar baginya.

    “Berapa tahun lagi saya akan hidup?” soal Morisey, 82, yang tinggal di rumah kebajikan di Philadelphia. “Saya ingin menjalani sisa hidup saya sebaik-baiknya.”

    Di seluruh Amerika Syarikat, ratusan ribu penghuni rumah kebajikan terjerumus dalam kemiskinan, dipaksa menyerahkan seluruh penghasilannya dan hanya diberikan pendapatan berjumlah AS$30 sebulan untuk bertahan hidup.

    Dalam sistem penjagaan jangka panjang yang menempatkan orang di rumah kebajikan, mereka mendapat bantuan daripada salah satu program yang paling umum tetapi jarang diketahui iaitu Medicaid.

    Hampir dua pertiga penghuni rumah kebajikan Amerika dibayar melalui Medicaid, tetapi sebagai gantinya, semua pendapatan mereka seperti elaun sara hidup, pencen dan lain-lain ditarik untuk membayar kos sara hidup mereka di rumah kebajikan tersebut. Elaun sara hidup bertujuan untuk membayar segala sesuatu yang tidak disediakan oleh rumah kebajikan, mulai dari telefon hingga pakaian dan sepatu.

    Alex Morisey mengira kewangannya dan berapa bakinya jika dia membeli sepasang seluar untuk dirinya sendiri.
    Gambar Alex Morisey bersama keluarganya tergantung di dinding di dalam biliknya di rumah jagaan di Philadelphia.
    Patung Orang Asli Amerika, salah satu daripada beberapa harta peribadinya, kelihatan di atas meja sisi di bilik Alex Morisey di rumah penjagaan.
    Alex Morisey mendengar muzik di biliknya di rumah jagaan di Philadelphia.

    Akan tetapi, masalahnya adalah kerajaan tidak pernah menaikkan jumlah elaun tersebut dalam beberapa dekad terakhir ini.

    “Ia benar-benar salah satu perkara yang paling menyedihkan bagi mereka,” kata Sam Brooks, seorang peguam untuk The National Consumer Voice for Quality Long-Term Care, yang menyokong penduduk rumah jagaan dan telah menggesa kenaikan elaun.

    Lebih-lebih lagi apabila seseorang individu tidak mempunyai saudara terdekat atau tiada sesiapa yang dapat membantu dari segi kewangan, elaun itu sangat membantu.

    Apabila Marla Carter melawat ibu mertuanya di rumah jagaan di Owensboro, Kentucky, keadaan tempat tersebut lebih terasa rumah miskin abad ke-19 berbanding rumah Amerika zaman moden. Dengan hanya elaun AS$40, penghuninya memakai baju tangan yang tidak sesuai atau gaun hospital yang terbuka. Ada yang tidak mempunyai stokin atau kasut. Bekalan asas hampir habis.

    Ramai yang tidak mempunyai pen untuk menulis.

    Dia sangat prihatin dengan keadaan itu sehingga dia dan suaminya memulakan organisasi, Faithful Friends Kentucky, untuk mengedarkan barangan kepada penghuni rumah kebajikan. Antara perkara yang paling mendapat sambutan adalah tisu Kleenex, kerana rumah kebajikan sering menggunakan bahan yang terlalu murah dan juga keperluan tersebut tidak mencukupi.

    Medicaid telah diwujudkan pada tahun 1965 sebagai sebahagian daripada program Great Society Lyndon B. Johnson. Pindaan 1972 menetapkan elaun keperluan peribadi pada kadar minimum AS$25 setiap bulan. Tidak seperti faedah lain seperti keselamatan sosial, kenaikan kos sara hidup tidak selari dengan peraturan elaun keperluan peribadi.

    Sekiranya ia dikaitkan dengan inflasi, ia akan menjadi kira-kira AS$180 hari ini.

    Tetapi Kongres telah menaikkan kadar minimum elaun tersebut sekali sahaja, kepada $30, pada tahun 1987 dan jumlah tersebut kekal sejak itu.

    Beberapa ahli politik telah cuba menyelesaikan masalah itu, termasuk Jennifer Wexton, seorang perwakilan Demokrat dari Virginia dengan memperkenalkan rang undang-undang untuk menaikkan elaun minimum kepada AS$60 dan mengukuhkan kenaikan tahunan pada 2019, tetapi usahanya adalah sia-sia.

    Walaupun jumlah elaun itu kecil, terdapat beberapa rumah kebajikan, dengan sengaja, tidak memberitahu penghuni mereka berhak mendapat elaun, kerana kegagalan mereka untuk menyediakan wang, atau membelanjakan dana tersebut tanpa kebenaran para penghuni.

    Sesetengah rumah tidak mematuhi peraturan, membuatkan penghuni membayar untuk barangan seperti lampin atau potongan rambut yang sepatutnya disediakan.

    “Bagi mereka, ia seperti satu perjuangan untuk bertahan hidup sehari lagi,” katanya. “Ahli politik perlu melihat sendiri situasi di dalam rumah penjagaan ini dan melihat bagaimana keadaan kami tinggal.”

    Hal ini membuat ramai yang berasa terperangkap tanpa peluang untuk kehidupan normal.

    Penghuni rumah kebajikan perlu menyerahkan kawalan ke atas segala-galanya, daripada kekerapan mereka mandi hingga apa yang mereka makan.

    Tanpa bantuan kewangan, lebih banyak autonomi menghilang, menjadikan peluang untuk menaiki teksi untuk menemui rakan, terlelap dengan buku baru yang dibeli, atau melarikan diri dari monotonik kafeteria dengan makanan adalah suatu yang terlalu mustahil untuk mereka lakukan.

    Walaupun selepas dua tahun menjalani kehidupan di institusi rumah kebajikan, ia masih menjadi fakta yang membingungkan bagi Morisey.

    Dia berakhir di rumah penjagaan selepas terjatuh ketika berada di rumah dan setelah tiba di sana, dia mengetahui pendapatan yang diterimanya tidak lagi menjadi hak miliknya.

    Bantuan di Pennsylvania adalah sebanyak AS$45, tetapi selepas membayar upah kepada pencukur rambut sebanyak AS$20 sebulan dan tip sebanyak AS$5, dia terpaksa bergelut untuk memenuhi keperluan.

    Tabung simpanannya hampir habis sekarang. Jika bukan kerana bantuan daripada gerejanya, dia tidak akan mampu membeli telefon.

    Hidup sederhana merupakan asas kehidupan Morisey di mana selepas tamat pengajian di universiti Ivy League, dia memutuskan bahawa dia tidak akan menggunakannya untuk mengejar kekayaan. Dia bekerja menggunakan kemahirannya untuk membantu pekerja ladang, penyewa rumah awam dan orang yang mengalami masalah mental, serta sebagai pekerja bantuan di Amerika Tengah dan Selatan.

    Dia telah menghabiskan 82 tahun hidupnya dengan kehidupan kelas menengah. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...