Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

Menteri alam sekitar Republik Dominic maut ditembak

SANTO DOMINGO, 7 JUN – Menteri Alam Sekitar Republik Dominic, Orlando Jorge Mera, maut akibat ditembak dalam satu insiden di pejabatnya di sini kelmarin, dipercayai dilakukan oleh rakan baiknya, menurut pejabat presiden.

Miguel Cruz, rakan baik Mera telah ditahan polis, lapor Xinhua memetik kenyataan pejabat presiden.

Presiden Luis Abinader meluahkan rasa sedih dengan kematian menteri tersebut, mengucapkan takziah kepada isteri dan anak-anak mangsa, manakala kementerian alam sekitar berkata ia kecewa dengan serangan berkenaan.

Insiden itu sudah disiasat dan hasil siasatan akan didedahkan kepada umum pada masa yang sesuai.

Sumber Kementerian Alam Sekitar dipetik akhbar tempatan Acento memberitahu, penyerang bertindak memasuki pejabat Mera seorang diri, lalu kedengaran enam hingga tujuh das tembakan dilepaskan.

Bangunan kementerian dikosongkan susulan insiden itu.

Mera, 55, merupakan anak kepada bekas Presiden Dominic Salvador Jorge Blanco, yang memerintah negara Caribbean itu pada 1982 dan 1986.

Beliau dilantik menjadi menteri di bawah pemerintahan Presiden Luis Abinader pada Ogos 2020. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -