Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    Menteri Arab-Islam atur lawatan ke UNSC

    AMMAN, 19 NOV – Jawatankuasa peringkat menteri yang dilantik untuk merangka tindakan antarabangsa bagi menamatkan perang Israel ke atas Gaza memulakan tugasnya hari ini, lapor agensi berita Petra.

    Timbalan Perdana Menteri Jordan merangkap Menteri Luar dan Ekspatriat Ayman Safadi menyertai lawatan menteri-menteri Arab-Islam ke beberapa buah negara anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC).

    China menjadi persinggahan pertama, menurut jurucakap Kementerian Luar Jordan Sufyan Qudah.

    Jawatankuasa yang ditubuhkan selari dengan keputusan dicapai pada Sidang Kemuncak Arab-Islam anjuran Arab Saudi pada minggu lepas itu, terdiri daripada menteri luar Mesir, Indonesia, Jordan, Nigeria, Palestin, Qatar dan Turkiye, selain Setiausaha Agung Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

    Sufyan berkata delegasi akan bertemu menteri-menteri luar dan pegawai kanan lain di negara yang dikunjungi bagi mengumpul sokongan antarabangsa untuk melaksanakan segera tindakan antarabangsa yang berkesan untuk menghentikan perang yang sedang berlaku di Gaza.

    Antara peranan lain jawatankuasa itu termasuk memberi penerangan tentang kekejaman Israel terhadap orang awam Palestin serta serangan berulang dan berterusan ke atas sasaran awam, terutama tempat ibadat dan hospital. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...